> CETUSAN > Memperkasakan kualiti mahasiswa, penulis ini melalui pengalaman berbeza dengan setiap Profesor
Memperkasakan kualiti mahasiswa, penulis ini melalui pengalaman berbeza dengan setiap Profesor
MUHAMMAD NAZLI ISMAIL, UUM Khamis | 23 Mei 2019

MENJADI mahasiswa merupakan satu pengalaman dan sejarah yang sukar dilupakan dalam proses kehidupan. Setiap individu sudah tentu mempunyai cerita yang berbeza dalam usaha menamatkan pengajian.

Status sebagai mahasiswa telah memberikan gambaran bahawa individu mempunyai pengetahuan dan kelayakan dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, mahasiswa merupakan golongan yang menjadi harapan kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Namun, sering kali polemik berkaitan kualiti mahasiswa yang dihasilkan telah diperkatakan secara terbuka. Majikan mendakwa graduan mempunyai beberapa kelemahan tertentu yang menjejaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Keadaan ini telah menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti mahasiswa selepas proses pembelajaran untuk tempoh 3 atau 4 tahun di universiti.

Paling utama ialah kenapa mahasiswa gagal mencapai standard yang diperlukan oleh majikan.

Kemahiran mahasiswa boleh diperbaiki melalui sistem pembelajaran yang lebih memberikan keutamaan dalam meningkatkan kemampuan individu.

Sistem pendidikan pada hari ini masih mengukur kejayaan individu berdasarkan kepada jumlah A yang diperoleh dalam peperiksaan. Perkara ini perlu diubah kerana kemampuan dan kreatif individu adalah berbeza dan kaedah penilaian tidak boleh berdasarkan peperiksaan sahaja (exam oriented).

Bagi memperkasakan kualiti mahasiswa, dicadangkan supaya sistem pengajaran dan pembelajaran diubah selari dengan keadaan semasa hari ini. Mahasiswa perlu diberikan lebih peluang untuk memberikan idea dan pandangan semasa sesi di dalam kelas. Masalah utama ialah mahasiswa kelihatan senyap dan gagal melontarkan hujah.

Hanya pensyarah sahaja yang bercakap dan perkara ini telah mewujudkan satu aliran komunikasi sahaja (one way traffic). Situasi sebegini perlu diubah bagi melahirkan golongan graduan yang lebih berani, mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan tahap keyakinan yang mantap apabila berdepan dengan masyarakat.

Penulis mempunyai pengalaman berbeza semasa menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia.

Seorang profesor di GSGSG telah mengenakan syarat supaya mahasiswa tidak membawa sebarang kertas dan tiada slaid dibenarkan untuk sesi pembentangan.

Profesor tersebut telah menyatakan bahawa kaedah sebegini akan dapat membentuk individu yang mempunyai kredibiliti, keyakinan diri, kemampuan, kepimpinan dan kemahiran komunikasi.

Apabila berdiri bersendirian bagi membicarakan sesuatu topik, keadaan ini akan membentuk keberanian dan kreativiti individu untuk membentang sebarang hujah bertepatan dengan tajuk yang diberikan.

Selain itu, sesi pembentangan sebegini akan mengelakkan mahasiswa terlalu bergantung dan membaca slaid yang disediakan. Perkara ini akan memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berkarya dengan lebih menarik.

Selain kaedah ini, seorang lagi Profesor telah menggunakan strategi yang berlainan bagi memantapkan kefahaman mahasiswa berkaitan dengan pengajian.

Hampir setiap minggu, pensyarah akan memberikan nota yang boleh didapati melalui portal masing-masing. Selain nota, terdapat beberapa soalan yang berkaitan dan mahasiswa akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil bagi membincangkan jawapan.

Tajuk perbincangan adalah berkaitan isu semasa yang berlaku melibatkan perkara politik, ekonomi dan sosial. Setiap kumpulan akan diminta menghantar wakil bagi membentangkan jawapan yang telah dibincangkan terlebih dahulu.

Sesi pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana mahasiswa akan menyampaikan pelbagai pandangan dan idea terbaik dalam usaha menyelesaikan konflik yang berlaku. Kaedah ini akan menjadi satu platform kepada mahasiswa untuk meraikan dan menghormati segala perbezaan yang wujud.

Strategi yang dilakukan akan mampu membantu mahasiswa untuk lebih mengetahui, memahami dan mengambil berat mengenai masalah yang berlaku di dalam negara. Tahap kualiti dan kecemerlangan mahasiswa turut disumbangkan oleh sikap diri sendiri. Mahasiswa perlu membudayakan sifat rajin membaca sumber ilmiah yang boleh didapati dengan mudah.

Mahasiswa yang rajin membaca akan lebih mempunyai idea dan mengetahui isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Perubahan perlu dilakukan oleh mahasiswa dengan tidak hanya memberikan tumpuan untuk membaca buku-buku akademik sahaja.

Selain itu, mahasiswa boleh menonjolkan bakat dengan menulis artikel sebagai cara untuk memberikan sumbangan yang signifikan dan mampu menjadi agen penting kepada penyelesaian masalah yang wujud di kalangan masyarakat.

“Idea Orang Muda”, “Bersuara Secara Berhemah”

*Penulis adalah mahasiswa di Ghazali Shafie Graduate School of Government, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...