> > Program berbuka puasa eratkan hubungan silaturahim mahasiswa UPSI dan pelajar maahad tahfiz
Program berbuka puasa eratkan hubungan silaturahim mahasiswa UPSI dan pelajar maahad tahfiz
MUHAMMAD AMSYAR AZMAN, UPSI Khamis | 23 Mei 2019

TANJUNG MALIM – Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar buat julung-julung kalinya telah mengadakan satu program berbuka puasa bersama pelajar Maahad Tahfiz iaitu Program Semai Mesra, Pertalian Kasih yang berlangsung pada baru-baru ini.

Program ini menyahut cabaran kerana ini adalah kali pertama bagi Majlis Mahasiswa Kolej (MMK), Kolej Ungku Omar (KUO) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkolaborasi bersama Maahad Tahfiz Harun Al-Masri (MTHAM), Telok Panglima Garang, Klang.

Mahasiswa UPSI bergambar kenangan bersama staff MTHAM dilakukan di Gelangang Serbaguna Maahad Tahfiz Harun Al-Masri.

Majlis Berbuka Puasa bersama maahad tahfiz ini telah disertai oleh seramai 40 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pimpinan MMK, Rakan Exco MMK, serta beberapa penghuni KUO, UPSI malah turut disertai seramai 82 orang pelajar dan 13 orang tenaga pengajar serta staff MTHAM.

Program Semai Mesra, Pertalian Kasih ini merupakan satu program anjuran Exco Penginapan dan Kemasyarakatan, Majlis Mahasiswa Kolej, Kolej Ungku Omar sidang 2018/2019.

Program ini diadakan untuk mengenali lebih dekat dengan persekitaran masyarakat luar terutamanya persekitaran kehidupan pelajar maahad tahfiz.

Dalam program ini, penghuni kolej telah diberi peluang untuk bersama-sama menjadi jawatankuasa program untuk mengenali kehidupan pelajar sekolah maahad tahfiz serta berkenalan antara satu sama lain.

Majlis berbuka puasa bersama Maahad Tahfiz Al-Masri, Telok Panglima Garang, Klang.

Menurut Pengarah Program, Puteri Nor Alya Diana Zulkiffli, aktiviti yang dijalankan adalah merupakan program berbuka puasa dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dirancang dengan baik.

Puteri Nor Alya berkata, program ini diadakan bagi memberi peluang kepada mahasiswa menjadi sebahagian jawatankuasa untuk berkenalan dan beramah mesra dengan masyarakat luar terutamanya pelajar maahad tahfiz.

"Program ini juga telah menjalinkan satu hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan pelajar maahad tahfiz terutamanya dalam berbuka puasa bersama-sama serta melakukan aktiviti seperti Ice Breaking, Teka Gaya, Bola Ping Pong, Permaidani Idaman, Periuk Api, Lambungan Kasih dan akhir sekali Eksperimen Sains (Ubat Gigi Gajah).
“Saya percaya Program Semai Mesra, Pertalian Kasih ini membolehkan mahasiswa berkenalan sesama penghuni yang lain dan meningkatkan semangat berkerjasama antara satu sama lain," katanya.

Majlis berbuka puasa bersama maahad tahfiz ini dapat memberikan pendedahan awal kepada umum supaya mengambil berat dan membanyakkan aktiviti dan program supaya pelajar Maahad Tahfiz tidak rasa dipandang sepi dan dipinggirkan oleh masyarakat.

Program ini akan dijadikan program tahunan bagi Majlis Mahasiwa Kolej, Kolej Ungku Omar dan telah dapat kebenaran daripada pengetua KUO dan kata sepakat daripada pihak MTHAM.

Majlis Perasmian Penutupan Program Semai Mesra, Pertalian Kasih dirasmikan oleh Pengetua Kolej Ungku Omar (KUO), UPSI, Professor Madya Dr Nizam Mohd Nasrifan dan turut mewakili Felo Penasihat Exco Penginapan dan Kemasyarakatan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Dr Fairus Fariza Zainudin, yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...