> Kursus Alumni Profesional Talk Series Zon Tengah 2019 tingkat kemahiran profesional alumni UTHM
Kursus Alumni Profesional Talk Series Zon Tengah 2019 tingkat kemahiran profesional alumni UTHM
MUHAMAD JAMIL ABIDIN JONAINI, UTHM Khamis | 23 Mei 2019

SHAH ALAM - Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menganjurkan program Kursus Alumni Profesional Talk Series Zon Tengah 2019 bersama alumni UTHM di sekitar negeri Selangor.

Objektif penganjuran program berbentuk kursus ini adalah bertujuan bagi memberikan latihan profesional kepada alumni untuk meningkatkan lagi nilai tambah ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek antaranya seperti Kemahiran Bidang Penulisan, Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) serta Pembangunan Insaniah dan Jati Diri alumni dalam menempuh alam kerjaya masa kini.

Program yang dihadiri seramai 40 alumni itu, terbahagi kepada empat pengisian slot bermula dengan slot pertama Writing Research Proposal and Publication yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, Profesor Ir. Dr. Md Saidin Wahab, alumni 1998.

Slot pertama; kursus Writing Research Proposal and Publication.

Menerusi slot ini, peserta diberikan pendedahan tentang bagaimana persediaan untuk menulis proposal mengenai penyelidikan sama ada permohonan geran untuk tujuan penyelidikan di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana.

Bagi slot kedua kursus bertajuk Penulisan Ilmiah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Halim Razali yang merupakan alumni 1998.

Topik Penulisan Ilmiah yang diketengahkan pada kali ini adalah bagi memberikan peserta buah fikiran dan hala tuju untuk menghasilkan buku penulisan ilmiah mengikut kepakaran bidang masing-masing di samping mampu menjana pendapatan sampingan lumayan hasil daripada penjualan buku tersebut.

Slot ketiga, bertajuk Graphic Design On Your Phone yang disampaikan oleh alumni 2006, 2015 iaitu Dr. Azli Nawawi yang kini bertugas sebagai Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan E-Kandungan Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global (CGOL) UTHM.

Pada slot ini, alumni berpeluang untuk meneroka pembelajaran terkini teknologi reka grafik suntingan gambar ataupun poster dengan menggunakan aplikasi seperti Canva, Snapseed dan Background Eraser yang dimuat turun ke telefon pintar peserta.

Sementara itu, slot keempat pula menampilkan alumni 2002, yang kini merupakan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTHM, Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad, dengan membawakan tajuk Staf Cemerlang Pangkat atau Berkat.

Slot keempat; Staf Cemerlang Pangkat atau Berkat

Menerusi slot ini, beliau memberikan sentuhan motivasi kepada rakan alumni yang hadir dalam membina Pembangunan Insaniah dan Jati Diri alumni untuk menjalankan tugas dan berkhidmat untuk negara dengan amanah dan bertanggungjawab.

Kursus yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Anjung Bestari, PSA Shah Alam itu diakhiri dengan Sesi Istimewa Hi-Tea dan Ramah Mesra alumni bersama TNC HEPA dan diharapkan program berkonsepkan ilmu dan jalinan silaturahim seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan berterusan antara alumni dan alma mater secara konsisten sekali gus mengambil kira penglibatan alumni adalah sebagai satu bentuk sumbangan dalam kategori kepakaran.

Hadir sama menjayakan majlis, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik PSA, Dr. Norhayati Ibrahim.

Alumni beramah mesra bersama TNC HEPA.

Program Alumni Talk Series UTHM 2019 seterusnya akan menjelajah ke zon utara dengan memilih lokasi Politeknik Seberang Prai, Pulai Pinang pada Julai manakala zon Sarawak pula akan diadakan di Politeknik Kuching pada Disember 2019. Alumni UTHM yang hadir akan menerima cenderahati istimewa alumni serta sijil penyertaan kursus.

*Disediakan oleh: Muhamad Jamil Abidin Jonaini, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni UTHM


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...