> TERENGGANU > Dekati anggota keselamatan bertugas waktu malam, Pengemudi Unisza edar makanan sahur
Dekati anggota keselamatan bertugas waktu malam, Pengemudi Unisza edar makanan sahur
MOHD AZLIM ZAINURY Khamis | 23 Mei 2019

KUALA NERUS - Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Pengemudi) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengagihkan kira-kira 200 pek makanan menerusi program Kembara Sahur hari ini.

Pengerusinya, Mohd Termizi Aziz berkata, juadah itu diagihkan di stesen minyak, universiti, balai polis, kedai serbaneka dan hospital bermula di Ladang Pasir Akar, Besut hingga ke Kampus Perubatan UniSZA.

Menurutnya, program kali keempat itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan sempena Ramadan oleh Pengemudi UniSZA dalam mendekati semua golongan bertugas di waktu malam.

“Juadah diagihkan dilebih 40 lokasi persinggahan oleh 15 ahli Pengemudi bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dengan turut disertai Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
“Semoga dengan sumbangan nasi beriani di samping air dan kurma ini membolehkan golongan sasar mengisi perut mereka semasa bersahur,” katanya di sini hari ini.

Mohd Termizi berkata, kesibukan sehingga terlepas waktu bersahur adalah lumrah bagi yang bekerja pada waktu malam kerana fokus yang tinggi terhadap tanggungjawab masing-masing.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...