> > Pusat Pengajian Biologi UiTM Kuala Pilah beri sumbangan kepada mahasiswa asnaf
Pusat Pengajian Biologi UiTM Kuala Pilah beri sumbangan kepada mahasiswa asnaf

KUALA PILAH – Bagi berkongsi kesyukuran dan kegembiraan pada musim perayaan ini, Pusat Pengajian Biologi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama Pusat Islam Al-Taqwa telah menganjurkan program Kembara Ramadhan Siri 4.0 bagi menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 asnaf mahasiswa Kampus Kuala Pilah.

Hasil sumbangan Aidilfitri yang diberi adalah merupakan kutipan semua warga UiTM Kampus Kuala Pilah.

Sesi bergambar bersama mahasiswa Asnaf UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Inisiatif menerusi program Kembara Ramadhan Siri 4.0 itu menyaksikan setiap asnaf terbabit menerima sumbangan RM105 untuk keperluan Aidilfitri.

Pengagihan bubur lambuk dan sumbangan kepada mahasiswa asnaf.

Rektor UiTM Negeri Sembilan selaku Perasmi program, Professor Datuk Dr Nasrudin Mohammed, berkata pada Majlis Perasmian Penutup Kembara Ramadhan Siri 4.0 bersama 40 pelajar asnaf di Pusat Islam Al-Taqwa, pemberian itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekali gus menggembirakan hati mereka sempena menyambut Aidilfitri yang kunjung tiba.

"Sumbangan ini juga satu komitmen berterusan bagi membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan, terutama ketika menyambut perayaan," katanya.
"Sejak penubuhan UiTM Negeri Sembilan lagi, pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan, termasuk Kembara Ramadhan yang dijalankan setiap tahun bermula 2016 sehingga tahun ini bertujuan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat setempat," katanya.

Terdahulu, Pusat Pengajian Biologi turut menyampaikan 800 bungkus bubur lambuk kepada semua warga UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Persiapan aktiviti pembungkusan bubur lambuk dan pek makanan.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan, Prof Madya Dr Abdul Halim Ramli, Timbalan Pendaftar UiTM Negeri Sembilan, Sazlyra Mohd Arshad, Ketua Pusat Pengajian Biologi, Dr Aslizah Mohd Aris, serta Ketua Program Kembara Ramadhan Siri 4.0, Dr Rosli Noormi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...