> > Meriahnya! Sambutan program 'Klinik Hoki' lahirkan mahasiswa lebih matang akalnya
Meriahnya! Sambutan program 'Klinik Hoki' lahirkan mahasiswa lebih matang akalnya
NURUL AZLEEN ABDUL MUBIN Jumaat | 24 Mei 2019

Program 'Klinik Hoki' ini dianjurkan oleh Kokurikulum HSL229A Hoki II Universiti Teknologi Mara yang bertempat di Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Seramai 22 mahasiswa UiTM Shah Alam dan 27 pelajar sekolah SM Teknik Tuanku Jaafar telah terlibat dengan program 'Klinik Hoki' ini.

Menurut Pengarah Program yang merupakan mahasiswa Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, Nurul Azleen Abdul Mubin, objektif bagi program ini adalah untuk memenuhi keperluan subjek HSL229A Hoki II yang memerlukan pelajar untuk mengaplikasikan cara pengurusan dan pengendalian program komuniti.

"Selain itu, program ini juga dijalankan bagi melahirkan mahasiswa yang lebih matang akalnya, professional, peka dengan keadaan, berfikiran positif dan optimis, daya kreatif dan inovatif serta proaktif dalam segala jenis tindakan dan penyelesaian masalah.

"Diharapkan melalui seperti ini akan dapat membentuk mahasiswa UiTM yang benar-benar berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri serta mampu memimpin orang sekeliling," katanya.

Turut terlibat Penasihat Program, Abdul Rahim Meerah, manakala bagi perasmi program pula merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Dr Romin Talib, dan Pengarah Akademik Polis Suksis UiTM, Dr Rosmin Talib.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...