> AKTIVITI KAMPUS > Kongsi kegembiraan, alumni UMP bawa anak yatim dan asnaf beli kelengkapan raya
Kongsi kegembiraan, alumni UMP bawa anak yatim dan asnaf beli kelengkapan raya
MIMI RABITA, UMP Sabtu | 25 Mei 2019

KUANTAN - Terpancar keriangan buat 110 penerima sumbangan raya berusia 5 hingga 17 tahun dalam kalangan asnaf dan anak yatim apabila berpeluang memilih sendiri pakaian raya dalam program Ziarah Prihatin Aidil Fitri Projek Baju Raya yang berlangsung di Pasaraya Hari-Hari di Kuantan hari ini.

Program dianjurkan Persatuan Alumni Graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Ikram (I-Bantu), Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Ikram Muda Pahang, Gema Pahang dan Unit Perhubungan Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato Dr Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni UMP, Mohd. Najib Razali.

Anak-anak teruja mendapatkan pakaian baharu. (FOTO UMP)

Program bermula pada jam 9 pagi itu membabitkan seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada alumni, staf dan mahasiswa UMP serta wakil daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Menurut Dr Yuserrie, program itu sebagai menyokong inisiatif MyGift UMP yang dijalankan dalam usaha membantu komuniti setempat dan menggerakkan agenda kesukarelawanan dalam kalangan Alumni dan mahasiswa UMP.

"Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban dan merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan Ramadan dan menjelangnya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
Dr Yuserrie turut membantu mendapatkan pakaian raya untuk anak-anak. (FOTO UMP)

Selain itu, dalam berkongsi kegembiraan, pihaknya mengharapkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini dapat menyambut hari raya dengan penuh keceriaan.

Mereka berhak untuk berkongsi kegembiraan dan pelbagai pihak sentiasa berusaha untuk membantu mereka.

Pihaknya menghargai sumbangan daripada individu dan pihak NGO yang sama-sama turut serta menjayakan program ini.

Dalam usaha membantu keluarga yang berkeperluan itu, penerima sumbangan bukan sahaja dibantu pada bulan Ramadan, namun pelbagai program juga telah dirangka bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik termasuklah sumbangan baju sekolah Back to School pada hujung tahun nanti bagi meringankan beban keluarga.

Fuziah dan Dr Yuserrie bersama penerima manfaat Ziarah Prihatin Aidil Fitri Projek Baju Raya di Kuantan. (FOTO UMP)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...