> BIASISWA > Program Biasiswa ASEAN KPMG diperkembang, beri pendedahan rentasi sempadan yang lebih luas
Program Biasiswa ASEAN KPMG diperkembang, beri pendedahan rentasi sempadan yang lebih luas
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 27 Mei 2019

PETALING JAYA - KPMG menjemput mahasiswa Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa ASEAN KPMG, yang mana ia menyediakan peluang pembiayaan dan pekerjaan di lima negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Ditubuhkan pada tahun 2015, KPMG adalah yang pertama dan satu-satunya di antara ‘Big Four’ yang menawarkan program tersebut di rantau ini. Tahun ini juga menandakan penyertaan kali pertama firma ahli KPMG di Kemboja dan Vietnam dalam usaha ini.

Mahasiswa yang inginkan permulaan kerjaya yang baik berpeluang untuk menikmati pengalaman pekerjaan antarabangsa melalui program yang berstruktur dengan firma perkhidmatan profesional.

Program ini terbuka kepada mahasiswa Malaysia yang cemerlang dan kini dalam program ijazah tahun pertama atau kedua mereka, dalam mana-mana disiplin.

Setiap pemohon yang berjaya akan menerima geran biasiswa tahunan sebanyak RM12,000, dan dua peluang latihan industri - satu dengan firma Malaysia dan satu lagi bersama firma Indonesia, Thailand, Kemboja atau Vietnam.

Apabila tamat pengajian, calon juga boleh mendapatkan peluang pekerjaan dengan KPMG di Malaysia.

Ketua Sumber Manusia KPMG Malaysia, Adrian Lee menjelaskan program biasiswa ini adalah salah satu cara firma tersebut melabur untuk masa hadapan.

"Di KPMG, kami percaya dalam memberi peluang kepada bakat muda untuk mengembangkan potensi diri dan menjadi pemimpin masa hadapan. Sejak 2015, kami telah menerima lebih daripada 5,000 permohonan dan melalui proses pemilihan yang ketat, telah membantu 29 siswa yang berpotensi dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia.

"Kami menawarkan setiap mahasiswa pengalaman pembelajaran rentas budaya untuk berkembang seiring dengan firma kami, dan pada masa yang sama berusaha secara kolektif untuk menjadikan KPMG ‘Pilihan Bijak’ dalam pasaran dan industri di mana kami beroperasi," katanya.

Ini telah dibuktikan oleh Henri Widiyanto, sarjana KPMG ASEAN dari Indonesia yang sedang melengkapkan latihan industrinya bersama bahagian Tadbir Urus & Kemampanan KPMG di Malaysia.

"Memohon biasiswa ini adalah salah satu keputusan yang terbaik dalam hidup saya. Saya menghargai pengurus saya yang tidak hanya menganggap saya sebagai pelatih, tetapi juga memberi saya peluang seperti kakitangan lain dan tidak teragak-agak dalam memberikan saya tugasan. Kerja yang diberikan sangat mencabar namun merangsangkan, manakala persekitaran kerja juga sangat kondusif.

"Pengalaman yang saya peroleh setakat ini amat bernilai. Saya telah bertemu dengan ramai anak muda yang berpotensi semasa perkhidmatan saya di KPMG Malaysia, dan saya benar-benar ingin untuk kembali bekerja di firma ini jika berpeluang," katanya.

Mahasiswa sarjana KPMG dari kohort mahasiswa Malaysia tahun 2015, Adrian Loo baru-baru ini menyertai firma Malaysia sebagai Pegawai di bahagian Sumber Manusia (PPC). Beliau berkongsi bagaimana pengalaman ini telah mendedahkan dirinya untuk mendalami pemahamannya tentang perniagaan.

"Pengalaman latihan di dalam dan di luar negara menambahkan rasa penghargaan saya terhadap bagaimana KPMG menambah nilai kepada klien merentasi sempadan negara. Kerjasama dengan pasukan yang rentas budaya mempercepatkan perkembangan saya kerana dicabar untuk meningkatkan daya adaptasi dan ketangkasan dalam persekitaran kerja yang pantas dan kompetitif," jelasnya.

Sarjana KPMG ASEAN boleh menantikan peluang pembelajaran dan pembangunan yang pelbagai, dan pendedahan merentasi sempadan menerusi program berstruktur yang terdiri daripada tiga tiang utama: Pembangunan Profesional, Penglibatan Strategik dan Sambungan Sosial.

Setiap sarjana KPMG ASEAN akan mendapat sokongan melalui geran biasiswa tahunan dan bimbingan daripada pengurusan atasan yang berpengalaman yang akan menjadi jurulatih mereka sepanjang tempoh pembelajaran mereka di universiti.

Ini juga termasuk waktu kerjaya mereka apabila mereka mula berkhidmat dengan KPMG semasa tamat pengajian. Selain itu, mereka juga bakal mempunyai akses kepada pelbagai manfaat lain seperti Pengaturan Kerja Fleksibel, kemajuan kerjaya yang pesat, dan peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat seperti inisiatif pemuliharaan marin Eco Dive KPMG.

Permohonan untuk Biasiswa ASEAN KPMG 2019 ditutup pada 31 Mei 2019. Untuk kriteria kelayakan dan memohon, layari www.kpmg.com.my/aseanscholarship


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...