> SUKAN > Panthers UM juara Piala Sofbol PSU 2019
Panthers UM juara Piala Sofbol PSU 2019
NAHRIZUL ADIB KADRI Isnin | 3 Jun 2019

Pasukan sofbol wanita Universiti Malaya (UM), yang turut dikenali sebagai Panthers, telah dinobatkan sebagai juara merebut Piala Sofbol Prince of Songkhla University (PSU) 2019, di Thailand, baru-baru ini.

Pertandingan ini merupakan acara tahunan anjuran bersama Kelab Sofbol dan Besbol PSU dan Persatuan Sofbol Amatur Thailand sejak 1989.

Aksi pasukan sofbol wanita UM di Piala Sofbol Prince of Songkla University.
“Sasaran penganjur adalah mana-mana kelab atau pasukan amatur sofbol dari Thailand, Malaysia, dan Singapura. Antara lainnya, pertandingan ini menyediakan platform terbaik untuk pasukan-pasukan amatur untuk menggilap bakat dan kemahiran pemain masing-masing sebagai persediaan untuk pertandingan sofbol yang lain,” kata Nur Basyirah Roslan, mahasiswa Kejuruteraan Kimia UM, yang merupakan salah seorang pemain pasukan sofbol Panthers.

Pasukan sofbol wanita UM yang sering dilihat sebagai antara pasukan terbaik universiti di Malaysia, menjadikan Piala Sofbol PSU ini sebagai medan persiapan mental dan fizikal pemainnya untuk pertandingan sofbol akan datang.

“Walaupun kemahiran permainan itu penting, namun apa yang lebih mustahak adalah persediaan taktikal dan mental setiap pemain. Setiap daripada kami mempunyai peranan tersendiri dalam menentukan kejayaan pasukan. Tahap permainan yang sengit di pertandingan ini bakal mempersiapkan kami untuk lebih agresif di padang apabila bertemu lawan di pertandingan antara universiti kelak,” kata Nur Basyirah lagi.
Hadiah untuk para pemenang di Piala Sofbol Prince of Songkla University.

Menariknya, pertandingan yang diadakan di Hat Yai ini dianjurkan pada tarikh perayaan Songkran yang disambut meriah di seluruh Thailand saban tahun. Secara tidak langsung, Piala Sofbol PSU telah menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan sukan, khusus untuk pemain, pihak pengurusan, dan penyokong pasukan-pasukan sofbol amatur. Selain peluang menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan sempena Songkran, para peserta turut dijamu dengan juadah tempatan yang menyelerakan.

Untuk rekod, pasukan Panthers turut menyertai Piala Sofbol PSU 2018 dan mendapat naib johan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...