> AKTIVITI KAMPUS > Program Opocot! Cepatnya Menghafal jadi alternatif utama penuntut Universiti Al-Azhar menghafal al-Quran sebelum masuk kuliah
Program Opocot! Cepatnya Menghafal jadi alternatif utama penuntut Universiti Al-Azhar menghafal al-Quran sebelum masuk kuliah
ENY ZAHRA Isnin | 3 Jun 2019

Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Program Tahfiz Integrasi An-Nur 2.0 (PTI 2.0) yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 2 Sains Sosial, Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Mazlan Hashim.

Majlis ini telah menyaksikan 25 daripada 49 orang graduan PTI 2.0 daripada pelbagai latar belakang negeri dan akademik telah berjaya menghabiskan 30 Juzuk Al-Quran selama tiga bulan.

Antara visi PTI adalah untuk melahirkan para huffaz yang profesional. Bukan sahaja hafalan al-Quran yang difokuskan selama tiga bulan bahkan mereka dilatih dengan kemahiran-kemahiran kepimpinan, pengurusan dan lain-lain lagi.

Peserta program Opocot! Cepatnya Menghafal al-Quran.

Seramai empat orang alumni PTI 2.0 yang telah melanjutkan pelajaran ke Mesir pada bulan April baru-baru ini bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar. Mereka mengambi langkah proaktif untuk mengadakan program alternatif buat para pelajar Universiti Al-Azhar bagi menghafal al-Quran 2 Juzuk selama 15 hari di dalam sebuah program “Opocot! Cepatnya Menghafal”.

Di dalam program ini didedahkan cara hafalan Teknik An-Nur iaitu teknik bayangan dan tadabbur yang digunakan oleh pelajar-pelajar PTI agar para peserta dapat mencapai sasaran hafalan 2 Juzuk dalam jangka masa 15 hari, bermula daripada 12 Mei sehingga 30 Mei 2019.

Program ini juga tercetus hasil daripada idea 3 orang alumni PTI 1.0 yang datang ke Mesir pada tahun lalu sesi 2018/2019 iaitu Muhammad Syukri Abdullah, 20, pelajar Mumtaz Sofi STAM 2017, Tokoh Akademik Maal Hijrah 2018 dan penerima anugerah Sultan Idris Shah 2018 serta pelajar Tahun 1 Fakulti Dirasat Islamiah di Universiti Al-Azhar.

Tazkirah hari kedua disampaikan oleh Muhammad Syukri Abdullah, Tokoh Maal Hijrah 2018, penerima anugerah Sultan Idris Shah 2018, penuntut tahun 1 Universiti Al-Azhar.

Selain itu, Aishah Hani Darzi, 20, menghafal 30 juzuk dalam masa 66 hari, pelajar Mumtaz STAM 2017, serta pelajar Tahun 1 Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar dan juga Amirul Izzat Lokman Noor, alumni PTI 1.0 yang bakal mengambil jurusan Fakulti Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.

Pengenalan program dan YDKMM Mesir yang disampaikan Muhammad Haziq Iqbal, Pengerusi YDKMM Mesir.

Ini bukanlah kali pertama program ini dilaksanakan, program Opocot! Cepatnya menghafal yang pertama dilaksanakan pada bulan Januari lepas dengan hasil kesemua peserta berjaya mencapai sasaran 1 Juzuk dalam masa 10 hari sahaja.

Secara umumnya, para penuntut Universiti Al-Azhar selain daripada Mesir wajib menghafal al-Quran 1 juzuk setiap tahun dan terdapat silibus pelajaran subjek Al-Quran yang ditetapkan di setiap fakulti.

Namun terdapat sebahagian daripada penuntut yang masih lagi tidak mampu lulus kerana tidak melakukan persiapan sebaik-baiknya di dalam subjek Al-Quran.

Oleh itu, program ini juga dilaksanakan atas dasar ingin membantu para penuntut mendapatkan kecemerlangan tertinggi di dalam subjek Al-Quran di dalam peperiksaan semester 2 akan datang.

Seramai 49 orang peserta lelaki dan perempuan yang masih belum mula pengajian sedang menyertai program ini.

Selain itu, tujuan program ini diadakan juga adalah sebagai satu inisiatif Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia cawangan Mesir (YDKMM Mesir) untuk membuka mata para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar bahawa tidak sukar untuk menghafal al-Quran.

Sebagaimana yang ALLAH sebutkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Qamar, ayat 17, ”Dan demi sesungguhnya, Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran.”

Program ini bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang selama 15 hari dan dimulakan dengan sesi tazkirah pada setiap hari program yang disampaikan oleh senior-senior Universiti Al-Azhar seperti penuntut tahun akhir Fakulti Ulum Islamiah serta penuntut Master Tafsir Universiti Al-Azhar dan penuntut Tahun 2 Darul Ifta’ Al-Masriyyah (Pusat Pemfatwaan Mesir).

Setelah itu para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bersama dengan muhafiz dan muhafizah masing-masing bagi memperdengarkan bacaan ayat al-Quran yang dihafal.

Semoga program ini menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk bersungguh-sungguh dalam hafazan al-Quran sekali gus menjadi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk subjek Al-Quran di Universiti Al-Azhar.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...