> UTARA > UniMAP rai pelajar tidak pulang beraya
UniMAP rai pelajar tidak pulang beraya
AININULNIZA M. YUSOF Sabtu | 8 Jun 2019

PAUH PUTRA - Ketika kita bergembira dalam meraikan hari lebaran bersama keluarga namun masih ada insan yang terpaksa berkorban kegembiraan itu demi pengajian mereka di universiti.

Justeru bagi mengubat kerinduan terhadap kampung halaman seramai 150 mahasiswanya, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan mereka di Majlis Aidilfitri yang diadakan di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, di kampus universiti berkenaan baru-baru ini.

Salah seorang daripada mereka ialah mahasiswa Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Md Ashequl Islam, 21, yang berasal dari Dhaka, Bangladesh.
Ashequl berkata ini merupakan pengalaman kedua berhari raya di Malaysia kerana mereka sedang menduduki peperiksaan akhir.

Katanya, tahun lepas beliau dapat meraikan lebaran bersama abangnya yang menuntut di Kuala Lumpur namun tahun ini terpaksa bersendirian bersama kawan-kawan meraikan Aidilfitri kerana abangnya dapat pulang ke negara asal mereka.

Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin beramah mesra dengan mahasiswa UniMAP termasuk mahasiswa antarabangsa yang tidak dapat pulang beraya.

"Saya hanya mampu menghubungi keluarga menerusi panggilan video, namun majlis hari ini sedikit mengubat kerinduan berhari raya di negara sendiri bersama keluarga," katanya.

Seorang lagi mahasiswa Adawiyah Ali, 23, turut melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat berhari raya bersama keluarga di Kota Marudu, Sabah tahun ini atas faktor peperiksaan dan kewangan.

Menurut Adawiyah, beliau perlu menyelesaikan empat kertas peperiksaan akhir selepas Aidilfitri, jadi beliau tidak pulang ke kampung dan hanya mahu menumpukan perhatian terhadap peperiksaan.

"Namun perasaan kami sedikit terubat kerana pengurusan universiti mengadakan majlis hari ini untuk meraikan kami. Malah, ada juga rakan-rakan terdekat mengajak beraya bersama mereka, jika ada kenderaan Insya-Allah saya akan mengunjungi mereka," katanya yang juga penuntut Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Prof Ir Ts Dr Badlishah Ahmad ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri berkenaan turut memberi kata-kata semangat kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya.

Prof Ir Ts Dr Badlishah Ahmad berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri di kampus UniMAP Pauh Putra.

Katanya, mahasiswa UniMAP merupakan pemimpin negara masa hadapan, justeru mereka perlu tabah dan kuat melakukan pengorbanan walaupun masih bergelar mahasiswa.

"Mahasiswa juga perlu membahagikan masa dengan baik agar peperiksaan akhir dapat dilakukan dengan baik, antara yang penting adalah menjaga kesihatan dan pemakanan agar dapat menjawab peperiksaan dengan baik," katanya.

Hadir sama ke majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dan isteri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Dr Mohd Foad Sakdan, Dekan HEPA Dr Muzammil Jusoh serta ketua-ketua jabatan universiti.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...