> > Jangkitan saluran pernafasan boleh bawa maut
Jangkitan saluran pernafasan boleh bawa maut
WARTAWAN SINAR HARIAN Isnin | 10 Jun 2019

KOTA BHARU - Jangkitan pada saluran pernafasan boleh disebabkan dua faktor iaitu menerusi pernafasan (hidung) atau pengambilan makanan (mulut).

Jangkitan melalui pernafasan merebak menerusi sentuhan batuk atau bersin manakala menerusi makanan atau minuman yang dikongsi pesakit kepada pihak ketiga.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Perdana Islah Paya Bemban, Dr Hafidzah Mustakim, pesakit yang terdedah dengan jangkitan pernafasan berisiko mengalami hilang upaya atau lebih parah membawa maut.

DR HAFIDZAH

Jelas beliau, jangkitan itu boleh dielakkan jika pesakit menghentikan pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan virus atau bakteria.

“Sekiranya ia menyebabkan wabak, kawasan itu perlu dibersihkan dengan segera. Semua pihak perlu menjaga kebersihan alam sekitar dan memainkan peranan untuk berhenti merokok selain mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluarkan asap yang bertoksik,” ujarnya.

Penyakit akibat virus atau bakteria ini seterusnya menyebabkan penyakit antaranya:

*Demam

*Selsema

*Batuk berkahak

Tanpa rawatan lanjut, ia boleh mengundang gejala kronik seperti:

*Pernafasan cepat dan berbunyi

*Tulang rusuk dada tenggelam

*Sesak nafas

*Kurang tidur (bagi bayi dan kanak-kanak)

*Hilang deria bau dan rasa

*Tekanan pada telinga

*Batuk berdarah

Pesakit yang terdedah dengan jangkitan itu boleh menyebabkan penyakit:

*Asma (lelah)

*Batuk kering (tibi)

*Influenza (selesema)

*Radang tekak

*Radang paru-paru

*Paru-paru kronik (COPD)

*Bronkitis, bronkitis akut

*Emfisema (kantung udara rosak)

*Barah paru-paru

Sistem saluran pernafasan manusia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...