> > Pondok telefon angin di Jepun buat lepas rindu pada insan yang sudah 'pergi'
Pondok telefon angin di Jepun buat lepas rindu pada insan yang sudah 'pergi'
TERJEMAHAN SINAR HARIAN Selasa | 11 Jun 2019

IWATE - Di utara Jepun terdapat sebuah pondok telefon yang digunakan penduduk untuk ‘menghubungi’ insan tersayang yang telah meninggal dunia.

Itaru Sasaki, seorang penduduk tempatan di bandar kecil Otsuchi yang kematian sepupunya pada tahun 2010, membina sebuah pondok telefon di taman miliknya yang terletak di puncak sebuah bukit di kawasan Namiita yang menghadap ke laut.

Pondok telefon berwarna putih yang juga dikenali sebagai kaze no denwa atau ‘telefon angin’ itu dilengkapi sebuah telefon lama yang tidak berfungsi.

Walaupun menyedari panggilannya tidak akan berjawab, namun Sasaki akan mendail nombor telefon sepupunya dan bercakap bagi melepaskan kerinduan.

Pondok telefon berwarna putih yang juga dikenali sebagai kaze no denwa atau telefon angin itu dilengkapi sebuah telefon lama yang tidak berfungsi dan juga buku pesanan.
Menurut pereka taman berkenaan, rasa rindunya akan dibawa angin dan disampaikan kepada roh sepupunya walau di mana dia berada.

Sasaki akan bercerita tentang kehidupan sehariannya dan apa sahaja yang terlintas di fikirannya pada ketika itu, dan sejak itu ramai penduduk tempatan mula menggunakan khidmat telefon angin tersebut.

Taman milik Sasaki itu terbuka untuk semua dan terdapat juga buku pesanan di mana mereka yang berkunjung ke pondok telefon angin tersebut boleh meninggalkan pesanan buat ahli keluarga yang telah tiada.

Kewujudan pondok telefon itu kemudian menjadi bualan ramai susulan tsunami besar yang melanda Jepun pada tahun 2011 yang meragut lebih 15,000 nyawa.

Itaru Sasaki membina pondok telefon angin setelah kematian sepupunya pada tahun 2010.
Ramai penduduk dari jauh dan dekat yang kehilangan insan tersayang ekoran tsunami terbabit datang ke bandar Otsuchi di wilayah Iwate bagi ‘menghubungi’ ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Menurut mereka, ia merupakan salah satu cara untuk menangani kesedihan dan kerinduan ekoran kehilangan yang dialami akibat tragedi terbabit.

Selain mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tsunami terdapat juga pengunjung yang kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan datang ke taman berkenaan dan menggunakan telefon angin tersebut. - Agensi


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...