> > ‘Siapa nak jaga ayah saya’... Dilema penuntut UUM yang bimbang tinggalkan bapa sendirian di rumah
‘Siapa nak jaga ayah saya’... Dilema penuntut UUM yang bimbang tinggalkan bapa sendirian di rumah
NORHASRAM MOHAMAD Selasa | 11 Jun 2019

PASIR PUTEH - Seorang anak di sini dalam dilema untuk meneruskan pengajiannya di universiti kerana perlu meninggalkan bapanya yang sakit dan tidak mampu menguruskan diri di rumah.

Nurul Najwa Mohd Johari, 22, berkata, sakit bapanya, Mohd Johari Said, 55, yang menghidap strok sejak enam tahun lalu semakin serius.

Menurutnya, bapanya tidak mampu menguruskan diri dan selalu keluar rumah tetapi tidak tahu jalan pulang.

“Keadaan ayah makin teruk, masa cuti ini saya jaga dia tapi lepas ni saya perlu meneruskan pengajian dengan meninggalkan ayah seorang diri di rumah.

“Bulan puasa lepas, dia dijaga adik-beradik tetapi sekarang tiada siapa mahu jaga dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Wan Omar, Semerak semalam.

Nurul Najwa yang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Sintok berkata, dia akan kembali ke universiti pada 16 Jun nanti bagi meneruskan pengajian semester limanya dalam bidang pemasaran.

Katanya, dia kini buntu memikirkan nasib bapanya memandangkan tiada siapa yang boleh menjaganya.

“Tak ada orang yang sanggup jaga ayah sebab dia dah macam kanak-kanak, semua benda kena ada orang tolong. Sebelum ini dia dijaga di Rumah Seri Kenangan Pengkalan Chepa lebih sebulan tapi ayah dihantar pulang kerana tidak cukup syarat umur 60 tahun ke atas,” katanya.

Nurul Najwa yang merupakan anak tunggal berkata, bapanya ada menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, dia pula bergantung sepenuhnya kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai pengajian dan perbelanjaannya di kampus.

“Selepas ibu saya meninggal dunia akibat talasemia pada 2015, keadaan ayah semakin serius. Ayah dah lama tidak bekerja, jadi kami memang sudah lama tiada sumber kewangan. Namun apa yang lebih merisaukan pasal ayah, siapa yang nak jaga dia,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Najwa di talian 013-2533731.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...