> TRENDING > Menariknya Maktabah Al-Ghazali sehingga jadi tumpuan pengkaji kitab termasuk kalangan siswa sarjana...
Menariknya Maktabah Al-Ghazali sehingga jadi tumpuan pengkaji kitab termasuk kalangan siswa sarjana...
FARAH SHAZWANI ALI Selasa | 11 Jun 2019

KUALA TERENGGANU - Perpustakaan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) atau lebih dikenali sebagai Maktabah Al-Ghazali merupakan antara tarikan bukan sahaja kepada jemaah masjid, tetapi pelajar dan pengkaji kitab di seluruh negara.

Menyimpan kira-kira 5,000 koleksi kitab agama dan buku umum, maktabah ini juga diiktiraf oleh Persatuan Perpustakaan Islam Malaysia sebagai antara masjid bersistem yang mempunyai perpustakaannya sendiri.

Ahli Lembaga Pengurusan Masjid AMBS, Dr Wan Fauziah Wan Jaafar berkata, antara matlamat penubuhan asal maktabah itu adalah menjadikan masjid itu sebagai pusat kajian, khususnya berkaitan kitab agama.

Ruang bacaan yang selesa untuk orang awam.
“Maktabah ini bukan bilik bacaan, tapi perpustakaan untuk semua. Kita mempunyai pelbagai koleksi kitab sebab kita nak orang memanfaatkan masjid ini sebagai salah satu pusat kajian.
“Antara koleksi ‘rare’ atau ‘niche’ di maktabah ini ialah kitab pondok, terdiri daripada kitab pondok moden dan lama. Kita ada kitab-kitab Arab dan kitab-kitab tafsir, malah ada antara koleksi ini tidak ada di perpustakaan lain.

“Disebabkan itu, ramai kalangan pelajar sarjana dan PhD khususnya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membuat kajian, terutamanya berkaitan kitab pondok akan ke sini kerana maktabah ini diiktiraf sebagai pusat kitab pondok,” katanya kepada Sinar Harian.

Maktabah Al-Ghazali menjadi tumpuan pelajar dan pengkaji kitab, khususnya kitab pondok.

Koleksi buku wakaf

Menurut Wan Fauziah, Masjid AMBS juga merupakan satu-satunya masjid di bawah Jawatankuasa Koleksi Islam Malaysia, di bawah Perpustakaan Negara.

Turut dikenali sebagai research library, kebanyakan koleksi buku di maktabah itu adalah buku wakaf, yang diperoleh melalui sistem wakaf dalam bentuk buku dan kewangan.

“Jadi, untuk keselamatan memandangkan kebanyakan buku di sini adalah daripada koleksi ‘rare’, kita belum lagi memberi pinjam.

“Tapi jika jabatan lain yang memerlukan, contohnya polis memerlukan buku Jenayah Daripada Kaca Mata Islam, kita bagi pinjam atas kapasiti pinjaman antara jabatan.

Ruang bacaan yang selesa untuk orang awam.
“Kita juga baharu memasukkan maklumat dalam sistem baharu. Insya-ALLAH jika sistem ini didaftarkan, kariah yang nak pinjam atau lihat buku-buku di maktabah ini, mereka hanya perlu melihat sistem itu sahaja,” katanya.

Jelas beliau, maktabah itu dikendalikan dan diuruskan oleh pegawai masjid yang dilantik, termasuk membuat pengumpulan data.

Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 4 petang dan ditutup pada hari Sabtu dan cuti am.

“Kita harapkan maktabah ini dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pusat keilmuan serta rujukan bagi pusat pengajian dan masyarakat satu hari nanti,” katanya.
Maktabah Al-Ghazali di Masjid Al-Muktafi Billah Shah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...