> > Status OKU bukan penghalang, Sharul bertekad mahu berjaya seperti insan normal
Status OKU bukan penghalang, Sharul bertekad mahu berjaya seperti insan normal
ZALMIMAZURA ZAHARI Selasa | 11 Jun 2019

Kekurangan diri bukanlah penghalang untuk tidak terlibat dalam apa jua aktiviti di kampus. Ini terbukti apabila Sharul Ikmal Mohd Sukkeri, 23, atau lebih selesa dengan sapaan Sharul tidak menjadikan dirinya, orang kurang upaya (OKU) sebagai kekangan untuk aktif di kampus.

Menuntut di Management Science and University (MSU) dalam bidang Ijazah Perniagaan Antarabangsa, Sharul sememangnya seorang yang bergiat aktif dalam apa jua aktiviti di kampusnya, termasuklah memegang jawatan sebagai Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Bersama barisan MPP MSU.
“Sebagai seorang MPP, antara tugas saya adalah menjadi perantara di antara mahasiswa dan pihak pengurusan MSU. Selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk menyampaikan segala informasi terkini mengenai universiti dan aktiviti dari kelab-kelab di MSU.
“Selaku Exco Akademik, saya akan menjadi medium kepada mahasiswa untuk mereka memberi maklum balas dari segi akademik dan mengambil tindakan daripada maklum balas yang diterima,” kata Sharul mengenai tugasnya itu.

Ingin berjaya seperti insan normal

Tambahnya lagi, walaupun ada kalanya berhadapan dengan kesulitan dari segi pergerakan terutama di bahagian kaki akan berasa sakit sekiranya banyak bergerak, namun itu bukan halangan sebaliknya Sharul akan sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada semua cabaran itu.

Sharul tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kampus.
“Saya juga menginginkan masa depan yang cerah dan berjaya seperti insan normal yang lain. Saya percaya dengan menjadi aktif, saya dapat ‘membina’ diri dengan lebih yakin walaupun ada sedikit kekurangan fizikal. Saya sentiasa berpegang pada prinsip, ‘Never look at my disability but look at my ability’ yang mana saya tidak mahu orang melihat saya dengan kekurangan yang saya ada, tetapi lihat kebolehan yang saya ada,” kata anak tunggal ini.

Jelas Sharul, sepanjang pembelajarannya di kampus, dia banyak mendapat sokongan daripada mahasiswa-mahasiswa dan warga MSU dalam membantu kehidupan yang dilaluinya.

“Alhamdulillah pihak MSU juga sangat prihatin dengan golongan seperti saya dengan menyediakan prasarana yang bersesuaian antaranya lif, laluan perjalanan untuk OKU dan kemudahan parkir khas,” katanya.

Perancangan masa hadapan

Menurut Sharul, dia mempunyai perancangan untuk menamatkan pelajarannya dengan ijazah kelas pertama dan cuba memperoleh anugerah di dalam konvokesyen yang akan datang.

Sharul bersama ibunya, Azlina Jamil ketika hari konvokesyen MSU tahun lalu.
“Saya ingin menunaikan hasrat dan harapan ibu saya, Azlina Jamil dan juga mentor saya di MSU, Miss Mok untuk melihat saya memperoleh kejayaan. Saya mahu ibu bangga dengan kejayaan saya. Ibu adalah sumber inspirasi dan kekuatan buat saya.

“Insya-ALLAH jika diizinkan, saya akan berhijrah ke luar negara untuk mencari pengalaman bekerja melalui program mobiliti MSU. Selain itu, saya juga ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Doakan semoga dipermudahkan perjalanan saya ini,” kata Sharul.

INFO:

Antara jawatan yang pernah disandang:

- Naib Presiden dan Presiden Kelab Debat MSU

- Pengarah Program untuk program seminar-seminar

- Bendahari untuk program MSU Sports United Championship 2019 (SUCA)

Anugerah yang pernah diterima:

- Anugerah Senarai Dekan

- Anugerah Senarai Presiden

- Anugerah Akademik sempena Majlis Konvokesyen MSU ke-23


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...