> Produk inovasi UTHM raih 10 pingat di ITEX 2019
Produk inovasi UTHM raih 10 pingat di ITEX 2019
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Selasa | 11 Jun 2019

BATU PAHAT - Pasukan Penyelidik Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) berjaya meraih 10 pingat ketika menyertai Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2019 yang berlangsung pada 2 hingga 4 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada tahun ini UTHM menghantar sebanyak 10 produk inovasi untuk dipertandingkan dan kesemuanya berjaya mendapat tempat dengan meraih empat pingat emas dan enam pingat perak.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UTHM, Profesor Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor berkata, dengan menyertai pameran ini para penyelidik dapat meningkatkan lagi inisiatif, inovasi dan pencapaian mereka dalam bidang penyelidikan.

“Penyertaan UTHM di ITEX 2019 ini memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik untuk mendapat pengiktirafan, selain berupaya mempromosi serta mengkomersialkan teknologi dan inovasi terkini yang dihasilkan mereka,” katanya.
Para peserta bergambar bersama Pengarah ICC. (FOTO UTHM)
“Penyertaan seumpama ini juga menjadi batu loncatan kepada para penyelidik untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka sekali gus menjadi penyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, pameran pertandingan ini dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dengan kerjasama strategik C.I.S Network Sdn. Bhd. serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta turut diiktiraf Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA).

Lebih 1,000 reka cipta dari pelbagai universiti, badan-badan korporat serta individu dari pelbagai negara ASEAN dan Asia seperti Taiwan, Thailand, Bangladesh, Yemen, Hong Kong, Indonesia, Qatar, Vietnam, China, Laos dan Arab Saudi dipamerkan di ITEX 2019.

Para peserta yang memenangi pingat emas. (FOTO UTHM)

Pemenang pingat emas:

- Prof. Madya Ts. Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar (Tajuk: Clean-Biobeads)

- Ts. Dr. Faridah Kormin (Tajuk: Preggy Cookies)

- Ts. Muhammad Shukri Ahmad (Tajuk: Rapid Modular Prototyping System (RAMPS))

- Ts. Mohd Hatta Hj. Mohamed Ali @ Md Hani (Tajuk: Adik-Adik Jawi: The Development of Mobile Learning Apps to Enhance Jawi Learning Experience for Preschool Towards Education 4.0)

Pemenang pingat perak. (FOTO UTHM)

Pemenang pingat perak:

- Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar (Tajuk: PrimaTourism: Transforming Local Economy and Sustainable Conservation of Critically Endangered Banded Langur in Johor)

- Ts. Dr. Mohd Norzali Hj Mohd (Tajuk: Automated Age at Death Estimation System From Microscopic Images of Long Bones)

- Dr. Shazarel Shamsudin (Tajuk: Functional Products by Hot Equal Channel Angular Pressing (ECAP) of Solid-State Recycling)

- Dr. Nor Hafizah Ngajikin (Tajuk: Homecare Uric Acid Reader)

- Dr. Faridahanim Hj. Ahmad (Tajuk: Digital Smart Campus at Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

- Dr. Nurmiza Othman (Tajuk: Handsfree Shoulder Massager with Puchi-shiatsu Technique)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...