> Prihatin ancaman pencemaran alam, siswi program PhD UMT ini hasil bahan bakar daripada sisa buangan
Prihatin ancaman pencemaran alam, siswi program PhD UMT ini hasil bahan bakar daripada sisa buangan
AMIRUL SALAM, UMT Selasa | 11 Jun 2019

BUMI yang hijau kian diambang pelbagai risiko sekiranya tiada usaha untuk mengawal pembuangan sisa dan pelepasan gas berbahaya.

Justeru, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil tanggungjawab itu dengan menghasilkan alat penukaran sisa plastik dan minyak kepada bahan bakar.

Projek 'Microwave pyrolysis - an innovative pyrolyzer to transform waste into fuel' yang dihasilkan Wan Adibah Wan Mahari, penuntut program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Teknologi Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK), mengambil masa kira-kira tiga tahun bermula pada 2016.

Menurut Adibah, bahan sisa buangan harian seperti sisa plastik dan sisa minyak masak terlalu banyak dan menyebabkan pelbagai risiko kepada pencemaran alam sekitar.

“Setelah memikirkan berkaitan dengan pengurusan sisa, terdetik idea untuk mencari kaedah guna semula bahan buangan dengan menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Microwave Pirolisis yang dihasilkan berupaya memendekkan proses sampel sisa buangan kepada bahan bakar. Ia juga dikatakan lebih cekap dan dalam waktu sama dapat menjimatkan penggunaan tenaga," jelasnya.

Adibah menunjukkan sampel bahan bakar yang dihasilkan. (FOTO UMT)

Proses ini juga tambah Adibah, sebagai langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar.

“Microwave Pirolisis ini mengurangkan pelepasan gas berbahaya berbanding kaedah konvensional yang digunakan pada masa kini. Antara gas berbahaya yang mampu dikurangkan ialah sulfur oksida, karbon monoksida dan lain-lain.

“Selain memberi nilai tambah kepada alam sekitar, kaedah ini juga dapat mengurangkan kos operasi disebabkan tidak menggunakan pemangkin dan pelarut," tambahnya yang telah memperoleh pelbagai pengiktirafan menerusi pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa seperti dinobatkan pemenang utama pertandingan Inovasi Antarabangsa Korea (SIIF’16) dan pingat emas dalam pertandingan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’17).

Terbaharu, Adibah turut dianugerahkan 'PhD Best Project' dan 'Vice Chancellor Champions Trophy (Postgraduate)' sempena Student Research Day 2019 yang diadakan di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 21 Mei lalu.

Adibah mengungguli 'PhD Best Project' sempena Student Research Day 2019. (FOTO UMT)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...