> SEL KL > Sebak! Dr Amalina luah perasaan selepas pembedahan ke atas Ainul berjaya dilakukan
Sebak! Dr Amalina luah perasaan selepas pembedahan ke atas Ainul berjaya dilakukan
NOOR AINULYAKIN ISHAK Rabu | 12 Jun 2019

SHAH ALAM - Dr Nur Amalina Che Bakri yang merupakan salah seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram pada mulut Ainul Mardhiah nyata sebak ketika berkongsi kejayaan pembedahan bayi tersebut.

Menurutnya, Ainul dan ibu bapanya telah dianggap seperti keluarganya sendiri.

“Apabila saya keluar dari dewan bedah dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Ia adalah perasaan yang bercampur-campur seperti perjalanan emosional dan pengalaman menggembirakan pada masa yang sama.

“Ainul, Wani (Nurul Erwani Zaidi) dan Safi (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak) adalah seperti keluarga saya sendiri,” katanya dalam hantaran di laman Instagramnya semalam.

Doktor berusia 32 tahun itu juga mengakui dirinya melalui saat gementar sepanjang lima jam pembedahan itu dijalankan ke atas bayi berusia sembilan bulan tersebut.

“Alhamdulillah, Ainul, awak budak perempuan yang kuat! Setelah kira-kira lima jam bertarung di bilik pembedahan, ketumbuhan (berat 200 gram) berjaya dikeluarkan. Tidak dapat digambarkan betapa gementar saya, ketika tempoh pembedahan itu. Seperti bayi kecil, begitu halus, sangat cantik. Jangan bimbang Ainul, semua orang ada di sini untuk membantu kamu,” katanya.

Menurut Dr Amalina, pembedahan Ainul itu sangat berisiko tinggi yang memerlukan banyak persiapan dilakukan bagi memastikan bayi tersebut selamat.

“Pembedahan tersebut melibatkan pasukan ahli bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk perancang craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher yang diketuai oleh Prof David Dunway dan Juling Ong

“Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan. Ainul kini sedang dipantau selepas pembedahan dan dia stabil. Mari berdoa untuk pemulihan Ainul. Terima kasih atas semua doa anda,” katanya.
Hantaran di laman Instagram Dr Amalina bersama ibu bapa Ainul sebaik selesai pembedahan di sebuah hospital kanak-kanak di London.

Dr Amalina sebelum ini pernah mencatat sejarah dengan kejayaan meraih 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dia juga pernah disenaraikan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...