> > Persidangan antarabangsa di UiTM Kedah dapat sambutan menggalakkan
Persidangan antarabangsa di UiTM Kedah dapat sambutan menggalakkan
DR AZMI ABDUL MALEK Rabu | 12 Jun 2019

LANGKAWI - Persidangan Antarabangsa Pengkomputeran, Matematik dan Statistik kali ke-4 yang diadakan Ombak Villa, Langkawi, Kedah mendapat sambutan menggalakkan daripada 110 peserta dalam dan luar negara baru-baru ini.

Persidangan yang dianjurkan Universiti Teknolgi Mara (UiTM) Cawangan Kedah ini disertai 66 peserta dalam negara dan 35 daripada luar negara membabitkan Indonesia, Nigeria, India, Qatar, Ghana, Thailand, Mesir dan Filipina.

Bergambar kenangan sempena Persidangan Antarabangsa Pengkomputeran, Matematik dan Statistik kali ke-4.

Peserta program ialah ahli akademik daripada dalam dan luar negara, pakar industri membabitkan Sime Darby, Lembaga Koko Malaysia, Institut Statistik Malaysia dan Persatuan Matematik Malaysia (Persama).

Antara ahli Jawatankuasa Sekretariat.

Setiausaha Jawatankuasa persidangan, Amirah Hazwani Abdul Rahim, berkata penceramah yang membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkenaan ialah pensyarah daripada Institute of Data Analysis and Process Design, Zurich University of Applied Sciences, Switzerland, Dr Matthias Templ yang membincangkan isu mengenai Analisis Gunaan Data Komposisi dan Pensyarah King Abdulaziz University, Saudi Arabia, dan Dr Zakiah Ibrahim Kalantan mengenai Pembelajaran pengetahuan dengan Pembelajaran Mesin: Alat untuk penambahbaikan kehidupan.

"Turut membentangkan kertas kerja dalam persidangan ini, pensyarah dari Universitas Negeri Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia, Dr Hartono mengenai Sistem Dinamik dan Aplikasiny)," katanya.

Menurutnya Amirah Hazwani, persidangan ini adalah merupakan penganjuran kali ke-4, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kedah yang dilaksanakan setiap dua tahun bermula sejak tahun 2013.

“Tujuan program diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada ahli-ahli akademik, golongan profesional, penyelidik sarjana di Malaysia dan di seluruh dunia berinteraksi, berkongsi pengalaman, pengetahuan, pendapat dan kepakaran masing-masing berkaitan isu-isu yang membabitkan sains komputer, matematik dan statistik.
“Program ini juga turut memberi pengiktirafan, menguatkan komitmen dan dedikasi ahli akademik, penyelidik dan sarjana ke arah peningkatan kualiti penyelidikan serta pembangunan, “katanya ketika ditemui di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Amirah Hazwani berkata, persidangan ini dapat mewujudkan rangkaian ahli akademik dan pakar bidang dari seluruh pelosok dunia untuk berkongsi ilmu, pandangan mengenai bidang Matematik, Statistik, Aplikasi Matematik, Statistik atau Komputer, perisian R, menyediakan platform untuk penerbitan berimpak tinggi.

Sebahagian peserta luar negara yang turut menyertai Persidangan Antarabangsa Pengkomputeran, Matematik dan Statistik kali ke-4.

Katanya, persidangan berkenaan berjaya diadakan mengikut jadual hasil daripada kolaborasi antara UiTM Cawangan Kedah dan beberapa organisasi dari dalam dan luar negara termasuk Romania R-Team, National Institute of Statistics (Romania), Ecological University of Bucharest, Tanta University, Mesir dan Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Persidangan ini ditaja Institut Statistik Malaysia (ISM), AKARI Software Asia Pacific, Microsoft Malaysia dan TBA Resources Sdn Bhd.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...