> IKON > Aktif sejak di kampus, ini sebab Mohd Shazuwan tak pernah jemu aktiviti kesukarelawanan
Aktif sejak di kampus, ini sebab Mohd Shazuwan tak pernah jemu aktiviti kesukarelawanan
ROSALWANI CHE SOH Rabu | 12 Jun 2019

TANAH MERAH - Berkecimpung dalam bidang kebajikan bukanlah asing bagi Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid, 34, yang menjawat pelbagai jawatan dalam kerja amal.

Mohd Shazuwan yang merupakan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, penglibatannya dalam pelbagai aktiviti amal dan kerja sosial bermula sejak berada di kampus.

Menurutnya lagi, pembabitan dalam aktiviti sedemikian mewujudkan kesedaran positif untuk lebih prihatin terhadap lingkungan sosial khususnya melibatkan nasib masyarakat setempat apabila beliau juga sering berkunjung ke rumah mereka yang susah dan memerlukan.

Malah, kadangkala dia menjadi orang tengah bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik.

Mohd Shazuwan (kiri) juga tidak lupa membantu golongan OKU dan memerlukan.
“Apa yang saya lakukan ini adalah sebagai saham akhirat dan mahu membawa amalan ini sebagai bekalan. Bukan untuk menunjuk atau harapkan balasan, namun usaha ini perlu berterusan kerana di luar sana masih ramai lagi pihak yang memerlukan,” katanya yang turut memainkan peranan dalam salah satu organisasi sayap parti politik di daerah ini.

Anggap seperti ahli keluarga

Bercerita mengenai bantuan disalurkan, Mohd Shazuwan dan ahli jawatankuasanya tidak pernah menganggap golongan dibantu seperti orang asing.

Sebaliknya, beliau lebih selesa mewujudkan hubungan lebih mesra dengan menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Mohd Shazuwan (kiri) sering terlibat dalam program NGO Cakna Asnaf.
Mohd Shazuwan berkata, pengalaman lebih mematangkannya dan menyedarkan dirinya supaya lebih memahami persekitaran sekeliling dan belajar mengenai ketabahan setiap insan yang dibantu dengan kisah hidup tersendiri.

Begitu juga adik-beradik yatim piatu yang pernah dibantunya, walaupun tidak mempunyai ayah dan ibu, namun persaudaraan mereka tetap utuh.

Mohd Shazuwan (kiri) sentiasa cakna dengan program masyarakat.
“Apa yang saya kagumi apabila abang sulung adik-beradik yatim piatu itu rela korbankan masa depannya demi adik-adik. Itulah yang amat membuatkan saya terharu dan sebak, namun perjuangan untuk terus melakukan kerja amal tidak pernah terhenti dan akan diteruskan selagi masih diberi kekuatan membantu mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik,” katanya.
Ibu tunggal dan keluarga daif merupakan antara sasaran utama dibantu untuk saham akhiratnya.

Mohd Shazuwan berkata, selain kerja-kerja amal seumpama itu dia juga aktif sebagai Setiausaha Jawatankuasa Imarah Masjid Tok Guru Manal.

“Kerja-kerja amal tidak terhenti untuk bantuan kepada insan memerlukan malah membangunkan masjid Tok Guru Manal bagi pembangunan insan,” katanya.

MOHD SHAZUWAN

BIODATA

Nama: Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid

Umur: 34 tahun

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Jawatan:

• AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanah Merah (2010 hingga kini)

• Timbalan Pengarah 2, Jabatan AMAL Malaysia Negeri Kelantan

• Ketua NGO Jom Cakna Asnaf bermula 2014

• Setiausaha Jawatankuasa Imarah Masjid Tok Guru Manal Tiga

*Artikel dipetik daripada ruangan Personaliti Kita terbitan Sinar Harian (Edisi Timur) Rabu 12 Jun 2019


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...