> > Projek Bakul Kasih Kolej Komuniti Kuantan ringankan beban keluarga asnaf
Projek Bakul Kasih Kolej Komuniti Kuantan ringankan beban keluarga asnaf

KUANTAN – Sebanyak 36 buah keluarga kurang berkemampuan sekitar daerah Kuantan menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan harian seperti beras, gula, susu, minyak masak, biskut dan sebagainya yang merupakan hasil sumbangan kakitangan Kolej Komuniti Kuantan.

Program anjuran Kolej Komuniti Kuantan melalui Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat ini telah memasuki tahun kedua penganjuran yang mana proses pengumpulan barang-barang sumbangan bermula pada Mei lalu.

Bersama seorang penerima sumbangan yang mesra di sapa dengan panggilan Mok long.

Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Haji Mohd Yusof Zakaria, berkata objektif program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan di samping menceriakan golongan yang kurang bernasib baik.

“Program ini juga dilihat mampu memupuk sikap untuk lebih prihatin dan peka di kalangan warga Kolej Komuniti Kuantan dan mendekatkan mereka kepada takwa serta penghayatan sebenar bulan Ramadan," katanya.

Tambah beliau lagi, program sebegini juga merupakan satu inisiatif bagi mempromosikan Kolej Komuniti dalam usaha untuk memperkasakan lagi nama dan peranan Kolej Komuniti di mata masyarakat.

Mohd Yusof Zakaria (tengah) bersama AJK Pelaksana bergambar sebelum bergerak ke lokasi agihan.

Sempena program Bakul Kasih Ramadan 2019 ini juga turut diadakan Lawatan Nur Ramadan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Lawatan ini mensasarkan pesakit kanak-kanak yang bertujuan untuk memberikan sedikit keceriaan selain daripada mengeratkan lagi silaturahim.

Mohd Yusof Zakaria menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan Dr Daud.

Hadir sama Timbalan Pengarah Perubatan 2, HTAA, Kuantan, Datuk Dr Daud Othman.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...