> > UTeM beri bantuan pelajar asnaf dan kelainan upaya miliki kelengkapan raya
UTeM beri bantuan pelajar asnaf dan kelainan upaya miliki kelengkapan raya

DURIAN TUNGGAL - Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains & Inovasi Melaka di bawah kelolaan Adun Telok Mas, Melaka, telah menjayakan program Kasih dan Prihatin Lebaran di salah sebuah pasaraya besar di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Menerusi pelaksanaan program Kasih dan Prihatin Lebaran ini telah berjaya membantu 121 pelajar asnaf, pelajar kelainan upaya dan kurang berkeupayaan untuk memiliki kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Kesemua yang terlibat dengan program Kasih & Prihatin Lebaran bergambar kenangan bersama Noor Effandi Ahmad.

Program Kasih dan Prihatin Lebaran tersebut telah berlangsung pada 23 Mei lalu dengan penyertaan sukarelawan dari UTeM, Kolej Komuniti dan Multimedia University bagi membantu para guru yang membawa pelajar untuk menyediakan kelengkapan aidilfitri yang telah ditaja.

Para pelajar yang terpilih dari sekolah sekitar negeri Melaka tersebut telah dibantu menerusi persediaan berbentuk persiapan hari raya seperti sepasang baju Melayu lengkap berserta songkok dan sampin, kasut dan pakaian harian berjumlah RM150 hasil tajaan, dan pihak Mydin MITC turut berbesar hati memberi tambahan sebanyak RM30 bagi setiap pelajar.

Noor Effandi Ahmad bergambar bersama para pelajar yang menerima sumbangan.

Pengarah PPPC UTeM, Fazidah Ithnin sewaktu ditemui pada majlis pelancaran program tersebut menyatakan bahawa cetusan idea program tersebut adalah dari Noor Effandi Ahmad bersama Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan serta Sains & Inovasi Melaka.

"Noor Effandi bersama Ahli Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, serta Sains & Inovasi Melaka turut menjalankan kutipan tajaan pembelian baju raya untuk anak-anak tersebut ini kami lakukan dalam tempoh sekitar 10 hari sahaja," katanya,

Jelas Fazidah Ithnin, dalam tempoh yang singkat tersebut, hampir RM20,000 dapat dikumpulkan menerusi sumbangan ikhlas dari agensi yang terdapat di bawah Jawatankuasa Post-Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains & Inovasi.

"Seramai 10 orang pelajar terpilih turut menerima kelengkapan asas dan barangan dapur tajaan dari Multimedia University seperti minyak masak, beras, gula, tepung dan beberapa lagi kelengkapan asas untuk menyambut aidilfitri," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...