> SEL KL > UTP, Universiti Adelaide meterai MoU bangunkan projek penyelidikan
UTP, Universiti Adelaide meterai MoU bangunkan projek penyelidikan
BERNAMA Rabu | 12 Jun 2019

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Adelaide kelmarin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam aktiviti akademik dan pertukaran budaya.

Perjanjian lima tahun itu membuka ruang kerjasama dalam beberapa bidang termasuk staf akademik, pertukaran pelajar, seminar, persidangan, projek penyelidikan dan projek lain yang memberi faedah kepada universiti berkenaan.

Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dan Ketua Pegawai Strategi UTP, Ir Dr Aidid Chee Tahir menandatangani MoU itu bagi pihak universiti berkenaan manakala Universiti Adelaide diwakili Naib Canselor dan Presiden Prof Peter Rathjen dan Pro Naib Canselor (Antarabangsa) Prof Nancy Cromar.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Terdahulu, Mohamed Ibrahim dalam ucapannya berkata MoU itu mencerminkan komitmen UTP dan Universiti Adelaide untuk meningkatkan kerjasama dalam projek penyelidikan khususnya dalam bidang geosains petroleum.

“Melalui kerjasama ini, kita harap dapat mewujudkan iklim yang lebih baik yang menawarkan peluang baharu untuk pelajar dan kakitangan serta mendedahkan mereka kepada pengalaman pendidikan antarabangsa,” katanya.- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...