> > Susulan dilema Najwa, UUM tampil bantu
Susulan dilema Najwa, UUM tampil bantu
NORHASRAM MOHAMAD Rabu | 12 Jun 2019

PASIR PUTEH - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membantu penuntutnya yang berada dalam situasi sukar antara meneruskan pengajian atau menjaga ayahnya yang sakit.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, pihaknya akan memastikan Nurul Najwa Mohd Johari, 22, penuntut Program Pemasaran Pusat Pengajian Perniagaan di UUM Kampus Sintok itu dapat meneruskan pengajiannya.

Dr Hendrik memandang serius masalah Najwa sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian.

Katanya, untuk sementara waktu, pasukan sukarelawan UUM dalam kalangan penuntut kampus berkenaan akan dihantar ke Pasir Puteh untuk menjaga ayah Najwa, Mohd Johari Said, 55, yang menghidap strok sejak enam tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa nak jaga ayah saya’... Dilema penuntut UUM yang bimbang tinggalkan bapa sendirian di rumah

"Kita memandang serius masalah yang dihadapi Najwa yang perlu menjaga ayahnya tapi dalam masa sama.mahu meneruskan pengajian.
"Kita juga akan cuba membantu memberikan zakat melalui tabung kebajikan kendalian Unit Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSU) yang diketuai Pengarahnya, Dr Rajwani Md Zain," katanya.

Menurutnya, Najwa perlu ke UUM Kampus Sintok pada 16 Jun untuk menduduki peperiksaan.

Najwa menerima sumbangan daripada Timbalan Presiden Kelab Gu Sinar Pasir Puteh, Khuwarizmi Ab Rashid.

Pada 21 Jun nanti katanya, beliau, Dr Rajwani dan beberapa lagi wakil UUM akan menziarahi Mohd Johari di Kampung Haji Wan Omar, Semerak.

"Kita juga akan berusaha dengan sokongan Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Bashawir Abduk Ghani bagi memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat menempatkan semula Mohd Johari di Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa sehingga Najwa menamatkan pengajian yang berbaki 18 bulan lagi.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan Sinar Harian semalam mengenai keluarga Najwa.

Mohd Johari sebelum ini dijaga adik beradiknya tetapi dihantar semula kepada Najwa ketika penuntut itu pulang bercuti.

Keadaan Mohd Johari dikatakan semakin serius, tidak mampu mengurus diri dan selalu keluar rumah tetapi lupa jalan untuk pulang.

Mohd Johari pernah ditempatkan di Rumah Seri Kenangan tetapi dihantar pulang selepas kerana tidak cukup syarat umur 60 tahun ke atas.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...