> AKTIVITI KAMPUS > JPK Perindu dan ICAEN UiTM agih bubur lambuk kepada warga asnaf
JPK Perindu dan ICAEN UiTM agih bubur lambuk kepada warga asnaf
SYAUQI JAHARI, UITM SHAH ALAM Rabu | 12 Jun 2019

SHAH ALAM – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Program ‘Humanity Heroes’.

Program yang menggunakan tema 'Upholding the Unsung Heroes' ini telah disertai oleh kira-kira seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada warga Kolej Perindu.

PK Perindu bersama ICAEN UiTM berganding bahu dalam program kemasyarakatan Humanity Heroes.

Program ini telah dimulakan dengan aktiviti merewang memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Secara umumnya, bubur lambuk merupakan menu kegemaran ramai apabila tibanya bulan Ramadan yang mulia ini.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi agihan bubur lambuk bersama-sama pemberian sumbangan daripada pihak ICAEN ke setiap rumah warga asnaf dan fakir miskin yang terpilih di sekitar kawasan Masjid Nurul Jannah.

Warga Perindu sedang memasak bubur lambuk.

Istimewanya program pada kali ini, pihak JPK Perindu telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN) UiTM Shah Alam.

Program ‘Humanity Heroes’ merupakan medium bagi merapatkan ukhuwah antara warga Kolej Perindu, Staf Residen Kolej (SRK) Perindu dengan pihak ICAEN UiTM dan pihak komuniti sekitar Meru, Klang terutamanya pihak Jawatankuasa Masjid Nurul Jannah.

JPK Perindu bersama bergambar kenangan bersama ICAEN UiTM.

Program ini turut disertai oleh Staf Residen Kolej (SRK) Perindu, Mohd Noorazlan Ab Aziz, juga merupakan penasihat bagi program ini.

"Program seperti ini sebenarnya mampu mendekatkan warga Kolej Perindu dengan masyarakat luar terutamanya masyarakat yang terdiri daripada asnaf dan fakir miskin," katanya.

Menurut Ketua Jaringan Masyarakat ICAEN, Profesor Madya Hajah Norshiha Saidin, beliau berpendapat bahawa sebagai seorang mahasiswa, tugas mereka bukan hanya di dalam kelas hanya untuk belajar sahaja.

"Mahasiswa juga perlu belajar cara untuk berkhidmat kepada masyarakat selain daripada menumpukan terhadap pelajaran sahaja," katanya.
"Saya bersetuju sekiranya para mahasiswa ini dapat merasai nikmat kemanisan dalam berkhidmat kepada masyarakat, tidak mustahil pada masa hadapan sifat tolong-menolong dan keprihatinan kepada masyarakat yang memerlukan akan bertambah," katanya.

Konsep daripada universiti kepada masyarakat yang digunapakai oleh pihak ICAEN mampu meningkatkan budaya kesukarelawan dalam diri setiap mahasiswa.

Program yang berimpak tinggi ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa antara warga Kolej Perindu dengan pihak Masjid Nurul Jannah serta masyarakat sekitar.

Sesi ramah mesra bersama keluarga yang mendapat sumbangan.

Diharapkan program kemasyarakatan seperti ini dapat melahirkan para mahasiswa yang mampu berbakti kepada masyarakat selepas mereka tamat pembelajaran kelak.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...