> AKTIVITI KAMPUS > PHT mengambil keberkatan 10 terakhir Ramadan melalui program Quran Hour
PHT mengambil keberkatan 10 terakhir Ramadan melalui program Quran Hour
NURUL ILYANI ABDULLAH (PHT) Rabu | 12 Jun 2019

HULU TERENGGANU- [email protected] PHT merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan PHT bagi tujuan menggalakkan staf PHT berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal.

Program ini dilakukan sejajar dengan World #QuranHour pada 25 Ramadan 1440H pada Mei lalu dengan tema “Solusi Cabaran Sejagat” daripada Surah Al-Kahfi.

Membaca surah Al-Kahfi.

Di samping mengambil keberkatan 10 hari terakhir Ramadan ia juga adalah usaha membentuk komitmen untuk melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik.

Kira-kira 30 orang warga PHT menyertai dengan jayanya program ini yang mana telah berlangsung di Perpustakaan PHT.

Antara staf-staf PHT yang terlibat dengan Program Quran Hour.

Program ini juga turut diisi dengan tazkirah al-Quran dan terjemahan oleh staf Unit Latihan Pendidikan Lanjutan PHT, Noor Fiteri Abdullah.

Menurut Ketua Unit Perpustakaan PHT, Nasariah menyatakan sokongan warga PHT terhadap program Quran Hour amat menggalakkan.

"Pihak PHT bercadang akan memperluaskan program itu pada masa akan datang bagi menghayati keindahan Islam melalui al-Quran," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...