> AKTIVITI KAMPUS > Bazar Ramadan UKLK asah kemahiran keusahawanan mahasiswa
Bazar Ramadan UKLK asah kemahiran keusahawanan mahasiswa
SUINAH GIMIR, UPSI Rabu | 12 Jun 2019

TANJONG MALIM – Majlis Mahasiswa Luar Kampus (MMLK) di bawah Exco Ekonomi dan Keusahawanan telah menganjurkan sebuah program Bazar Ramadan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) 2019 bertempat di perkarangan Apartment Seri Harmoni Taman Bahtera untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dijalankan selama 25 hari pada Ramadan lalu.

Bersempena dengan bulan yang mulia, program ini diadakan untuk memudahkan mahasiswa yang tinggal di luar kampus, kakitangan UPSI dan masyarakat setempat untuk membeli juadah berbuka puasa.

Program ini juga bertujuan untuk membuka peluang pendapatan sampingan kepada mahasiswa UPSI dengan melakukan aktiviti keusahawanan dan juga menjana pendapatan dengan membuka gerai di samping dapat menanam semangat keusahawanan di dalam diri mahasiswa.

Suasana bazar Ramadan UKLK UPSI.

Antara juadah berbuka puasa yang dijual seperti ayam percik, roti john, nasi lemak, nasi kerabu, ayam penyet, takoyaki, gado-gado, soto, cendol, rojak, kuih-muih dan sebagainya.

Program sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa untuk menceburi dalam bidang keusahawanan tetapi dapat mengeratkan silaturahim antara warga UPSI dan masyarakat di sekitar kediaman luar kampus.

Pengarah Program Bazar Ramadan, Nurul Nadiah Md Saad berkata, program ini dapat membantu mahasiswa dan peniaga tempatan untuk menjana pendapatan seterusnya menaikkan nama dan sumbangan UKLK di peringkat lebih tinggi.

"Selain dari memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda, saya dan rakan-rakan jawatankuasa memperolehi pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk pemerkasaan sahsiah dan kerjaya kami kelak," katanya,

Pengetua UKLK, Ts Dr Che Ghani Che Kob berharap agar program sebegini dapat dikekalkan kerana ia berupaya melatih dan melahirkan pelajar UPSI yang beketrampilan dan berkeyakinan tinggi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...