> MLK N.9 > UTeM jadi pilihan rakan kerjasama strategik universiti berprestij Korea Selatan
UTeM jadi pilihan rakan kerjasama strategik universiti berprestij Korea Selatan

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjadi pilihan sebagai rakan kerjasama strategik oleh rangkaian universiti-universiti ternama dari seluruh dunia bagi merealisasikan perkongsian kepakaran bersama dalam bidang masing-masing.

Terbaharu, UTeM telah menerima kunjung hormat dan lawatan kerja daripada delegasi Chonbuk International University (CBNU), Korea Selatan pada bulan lalu di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Lawatan delegasi CNBU ini telah diketuai Naib Presiden Eksekutif, Dr. Kui Jae Lee bersama tiga orang delegasi lain yang mana mereka pernah bersua sebelum ini bersama pihak UTeM sewaktu pertemuan sempena persidangan Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) pada Mac lalu.

Dr. Kui Jae Lee menandatangani buku pelawat sebaik sahaja tiba di Pejabat Naib Canselor UTeM. (FOTO UTeM)

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, antara isi perbincangan yang dibincangkan sewaktu pertemuan lawatan kerja tersebut adalah perbincangan lanjut corak kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak.

"Perbincangan turut menyentuh mengenai program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik UTeM bersama CBNU dan mereka turut berhasrat untuk mula menghantar pelajar mobiliti mereka ke UTeM bermula September 2019.
"Turut disentuh adalah berkenaan program Summer Camp secara timbal balik yang dirancang bagi mahasiswa kedua-dua universiti dan juga program Dual-Degree untuk para pelajar pascasiswazah bagi kedua-dua universiti," jelasnya.

Sementara itu, Pusat Antarabangsa UTeM memaklumkan bahawa kerjasama strategik ini secara rasminya akan dizahirkan menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian antara CBNU dan UTeM yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini.

Delegasi UTeM sedang mendengar penerangan daripada Naib Canselor UTeM. (FOTO UTeM)
Sepintas lalu, CBNU terletak di bandar bersejarah Jeonju, Republik Korea yang mana ia merupakan sebuah universiti utama perdana di Wilayah Jeollabuk-do yang telah berkembang kepada kepada 17 kolej termasuk Faculty of Public Policy dan Jimmy Carter School of International Studies serta 14 Graduate Schools.

CBNU mempunyai kira-kira 32,000 pelajar dan 2,400 profesor sepenuh masa dan sambilan bagi menyediakan kemudahan pendidikan, penyelidikan dan sokongan berkualiti tinggi di samping menjalankan kerjasama dengan pelbagai institusi dan agensi berprestij di seluruh dunia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...