> Video > Maybank mempersembahkan MYStories Raya dengan sukarelawan mahasiswa
Maybank mempersembahkan MYStories Raya dengan sukarelawan mahasiswa
Khamis | 13 Jun 2019

Musim perayaan ialah masa untuk kita berkumpul dan meluangkan masa bersama orang- orang tersayang, berehat daripada kesibukan kerja dan juga untuk menabur budi kepada masyarakat.

Amalan kebajikan lazimnya dipertingkatkan pada musim perayaan tetapi hakikatnya beramal harus digalakkan sepanjang tahun.

Salah satu pemberian paling bermakna ialah kesudian kita berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

Seorang rakyat Malaysia yang patut dijadikan teladan ialah Masliza Abu Bakar.

Lebih mesra dengan panggilan Ummu, beliau sentiasa sedia untuk menghulurkan tangan.

Ummu pernah bertugas menguruskan jenazah sebelum dikebumikan.

Namun, kejadian tidak diduga yang meninggalkan seorang anak yatim piatu mendorong beliau untuk membuka sebuah rumah anak-anak yatim.

Sokongan yang diterima daripada keluarga, anggota masyarakat serta para sukarelawan dari pihak mahasiswa amat meringankan beban Ummu dalam membesarkan anak-anak yatim dan sembilan anaknya dengan penuh kasih sayang.

Kisah Ummu dipaparkan dalam video Maybank MYStories terbaharu, yang diterbitkan sempena Hari Raya 2019 untuk menyebarkan mesej tentang bagaimana kuasa kebaikan dapat mencetus kesan positif dalam kalangan masyarakat.

Menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, Siri video MYStories amat dekat di hati, kerana ia memaparkan nilai-nilai murni yang patut didokong dalam kehidupan kita – belas kasihan, kemurahan hati dan komitmen.

"Menerusi siri video ini, kami berpegang pada misi ‘Menginsankan Perkhidmatan Kewangan’ dan berusaha sedaya upaya untuk memainkan peranan kami untuk menzahirkan ‘kuasa kebaikan’ sebenar dan menerajui perubahan dari aspek tersebut.

"Hakikatnya bersedekah itu bukan sahaja terhad kepada wang, tetapi juga boleh diberikan dalam bentuk masa, tenaga dan ilmu,” katanya.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kita harus berbudi kepada orang lain setiap hari.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...