> > 100 pelajar universiti sertai program 'MOE-Intel Elite Internship'
100 pelajar universiti sertai program 'MOE-Intel Elite Internship'
BERNAMA Isnin | 17 Jun 2019

PUTRAJAYA - Seramai 100 pelajar dari enam universiti awam terpilih untuk menjalani latihan selama dua bulan menerusi program ‘MOE-Intel Elite Internship’ yang akan memberi pendedahan kepada mereka mengenai perisian reka bentuk cip yang mengikuti standard industri.

Program yang akan bermula 24 Jun ini melibatkan pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, program itu diadakan pada masa yang tepat kerana keperluan untuk jurutera elektronik sangat penting untuk selari dengan Revolusi Industri 4.0, yang menekankan automasi elektronik.

“Saya ingin menggesa semua pelajar untuk merebut peluang keemasan ini dan menguasai pemindahan pengetahuan dalam industri. Inilah masanya untuk pelajar meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mereka,” katanya ketika melancarkan program itu di sini.

Menurutnya, program itu juga menyediakan latihan kepada 12 pensyarah dari enam universiti terlibat menerusi program lawatan anggota fakulti untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan industri mengenai reka bentuk silikon.

Menurut Maszlee, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif baharu Jabatan Pendidikan Tinggi dikenali sebagai ‘Academia Industry Expert Exchange Program’ bertujuan berkongsi kepakaran dua hala dan untuk mempromosikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap keperluan dan jangkaan akademik dan industri.

“Dengan program seperti ini, graduan daripada bidang elektronik atau mikroelektronik boleh diserap terus ke dalam industri,” katanya.- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...