> > Penuntut Universiti Al-Azhar meninggal di Mesir kerana pendarahan otak
Penuntut Universiti Al-Azhar meninggal di Mesir kerana pendarahan otak
FARAH SHAZWANI ALI Isnin | 17 Jun 2019

HULU TERENGGANU - Penuntut dari Terengganu, Mohammad Fahmi Faizuddin Asyraf Mhd Shukri, 24, yang meninggal dunia di Mesir kerana pendarahan otak dijadualkan pulang 3 Julai ini untuk bertemu keluarganya.

Ibunya, Norhayati Jusoh, 51, berkata, Fahmi mahu pulang ke kampungnya di Ajil, Hulu Terengganu sempena cuti semester selama tiga bulan dan telah membeli tiket kapal terbang.

“Tak sempat nak jumpa, arwah dah pergi dulu. Allahyarham ada hubungi saya menerusi panggilan video pada jam 12 tengah malam Rabu lepas, dia ada mengadu sakit kepala dan kaki.
“Sebelum ini, ada beberapa kali dia mengadu hal yang sama dan saya minta dia ke klinik dapatkan rawatan, tapi dia tak mahu dan hanya dapatkan air penawar daripada ustaz di sana.
“Kelmarin (Rabu), saya suruh dia ke hospital untuk dapatkan rawatan dan dia pergi ditemani kawan serumah. Tak sangka pula keadaannya serius sampai dia pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Rumah Awam Kos Rendah Ajil, di sini.

Mohammad Fahmi merupakan penuntut tahun tiga jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Safarat, Hayyu Sabi'e, Kaherah, Mesir, jam 2 petang (8 malam waktu Malaysia).

Dia dikejarkan ke Hospital Safarat jam 2.07 pagi (Rabu, 8.07 pagi waktu Malaysia) oleh rakan serumahnya dan terpaksa menjalani pembedahan kerana dilaporkan mengalami pendarahan dalam otak.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pelembang Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir (KBMK) sebelum waktu Maghrib semalam (waktu Mesir).

Norhayati berkata, walaupun berat untuk menerima kehilangan anak sulungnya itu, namun dia dan suami, Mhd Shukri Husin, 54, reda dan bersyukur anak mereka pergi dalam keadaan baik.

“Dia seorang yang warak, selalu ke masjid untuk solat berjemaah dan tidak lekang dengan al-Quran hampir setiap masa. Dari kecil lagi, dia memang bercita-cita nak belajar di Mesir.
“Itu sajalah kerja dia. Balik dari surau atau masjid untuk solat jemaah, dia akan mengaji al-Quran. Arwah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan Alhamdulillah, cita-citanya sejak kecil mahu menuntut di Mesir dimakbulkan, cuma tak panjang umur,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir Mohammad Fahmi pulang menyambut Aidilfitri Julai tahun lalu, sebelum kembali ke sana untuk menyambung pengajian pada Oktober.

Sementara itu, Norhayati dan suaminya akan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 7 pagi Sabtu, sebelum menaiki penerbangan ke Mesir jam 3 petang esok dengan sumbangan tajaan kerajaan negeri.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...