> > MBSB sumbang wang zakat RM30,000 kepada UTeM
MBSB sumbang wang zakat RM30,000 kepada UTeM

DURIAN TUNGGAL - Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima sumbangan wang zakat sebanyak RM30,000 daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bagi tujuan pengagihan kepada golongan pelajar yang memerlukan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh pihak MBSB kepada UTeM dalam satu majlis ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, pada Mei lalu.

Wakil MBSB sedang menandatangani buku pelawat sebaik sahaja tiba di Pejabat Naib Canselor UTeM.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, sumbangan zakat yang diserahkan oleh MBSB tersebut merupakan sumbangan untuk diagihkan kepada mahasiswa-mahasiswa UTeM dalam kategori kurang berkemampuan dan pendapatan keluarga dalam kategori kumpulan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kelangsungan pengajian di universiti.

"Pemberian zakat kepada UTeM tersebut adalah sebagai salah satu inisiasif MBSB untuk membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan ini meneruskan pengajian di peringkat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarga setelah mereka tamat pengajian kelak," katanya.

Penyerahan replika cek dari MBSB telah diterima oleh Dr Shahrin dengan di saksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap dan pegawai-pegawai UTeM yang terbabit.

Wakil MBSB menyerahkan replika cek kepada Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib (3 dari kiri).

Pihak MBSB telah diwakili oleh Pegawai Eksekutif MBSB iaitu Regional Sales Manager Deposit & Remittance for Southern Region, Mohamad Rusydan Mohd Rahim, Regional Sales Manager for Southern Region, Mohd Hazuan Md Nor, dan Sales Manager Cawangan Melaka, Mohd Faqih Mustapha dan Hasmah Hashim.

Wakil MBSB dan wakil UTeM bergambar bersama selepas penyerahan replika cek.

Penyerahan wang zakat ini merupakan penyerahan kali pertama MBSB kepada UTeM untuk disalurkan kepada golongan mahasiwa yang kurang bernasib baik kerana UTeM sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan mahasiswa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...