> > UCSI Group memelihara ekosistem tempatan melalui prinsip permakultur
UCSI Group memelihara ekosistem tempatan melalui prinsip permakultur
ZULAIKHA ZUBIR, UCSI UNIVERSITY Isnin | 17 Jun 2019

KUALA LUMPUR - UCSI Group menerusi sekretariat Matlamat Pembangunan Lestari Sustainable Development Goals (SDG) telah menjemput empat pakar dari Australia dan India untuk menjalankan satu siri latihan dalam kursus reka bentuk permakultur selama 20 hari bermuka 17 Jun di UCSI University.

Program sepanjang dua minggu itu dianjurkan oleh The Blue Ribbon Global dan disokong oleh Permaculture for Refugees (P4R) dan Aranya Agriculture Alternative, India.

Antara pakar dari Australia yang menjalankan kursus reka bentuk permakultur di UCSI University.

Sudah bertahun-tahun penggunaan baja kimia dalam pertanian menyebabkan kemerosotan kualiti tanah dan menjejaskan ekosistem.

Daripada pencemaran air, udara, ke pengasidan dan pengurangan mineral tanah, baja kimia memain peranan dalam mengakibatkan kemusnahan kepada alam sekitar, pertanian dan juga industri makanan.

Justeru, seruan untuk menyokong prinsip permakultur sebagai satu set amalan yang lestari digunakan bagi menghasilkan tanaman menguruskan kebun dengan cekap.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama, Rosemary Morrow dari Australia berkata, terdapat dua pendekatan dalam mempraktikkan permakultur yang mana ia bertujuan mengubah permasalahan kepada penyelesaian dan mereka bentuk untuk kepelbagaian.

“Matlamat kami adalah untuk menimbulkan kesedaran mengenai impak individu terhadap alam sekitar.
"Permakultur mengambil pendekatan yang mana dalam kes ini, kami akan memberi tumpuan kepada iklim, botani dan sistem haiwan,” kata Morrow.

Morrow merupakan duta permakultur yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun mengajar di beberapa kawasan persekitaran yang paling mencabar di dunia, termasuk negara yang hancur akibat perang dan kem pelarian.

Melalui karya beliau, Morrow telah banyak membantu dalam mengembangkan gerakan permakultur di Asia Tenggara, Afrika, Eropah Barat, Afghanistan, Kurdistan, United Kingdom (UK), New Zealand dan seluruh Australia.

Sesi latihan terbuka kepada orang ramai yang mana akan membincangkan mengenai teori dan pendekatan praktikal dalam memelihara dan memulihkan sumber dan hasil dunia melalui prinsip permakultur.

Selain Morrow, jurulatih lain dari Australia termasuk Greta Carroll, Kat Lavers dan Narsanna Koppula dari India turut serta dalam program kali ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...