> SABAH SARAWAK > Dari jual kek cawan secara kecil-kecilan, kini Aziema tak menang tangan siapkan tempahan
Dari jual kek cawan secara kecil-kecilan, kini Aziema tak menang tangan siapkan tempahan
BERNAMA Isnin | 17 Jun 2019

KUCHING - Ilmu yang dipelajari hampir 10 tahun lepas di Giatmara Stampin berjaya menarik minat seorang usahawan muda, Sharifah Aziema Wan Hossen, 28, untuk memulakan perniagaan berasaskan kek yang mampu memberikan pulangan lumayan saban bulan.

Semuanya bermula pada 2011 apabila hatinya terdetik untuk menjual kek cawan secara kecil-kecilan di platform media sosial, Facebook peribadinya. Hasil daripada sokongan rakan-rakan yang banyak membantunya berkongsi setiap hantaran di Facebook itu, kek cawan dan beberapa lagi jenis kek beliau menjadi perhatian penduduk setempat.

Perniagaan dalam taliannya itu terus berkembang sehingga beliau terpaksa membuka satu laman khas di Facebook yang diberi nama ‘Moma Homemade Cake’ yang kini mencecah 100,000 peminat, bertujuan untuk mempromosi pelbagai jenis kek dan menu pencuci mulut.

“Saya memulakan bisnes bermodalkan dengan hanya RM500 untuk menjual ‘cup cake’ secara online dan ada juga yang dihantar ke kedai rakan, selain pernah juga buka booth jualan serta sewa tapak,” kata gadis ayu berasal dari Kampung Semerah Padi di sini kepada Bernama.

Bercerita mengenai sambutan dan tempahan yang diterima beliau menjelang Aidilfitri, Aziema berkata, sempena bulan Ramadan ini, Moma Homemade Cake hanya menerima tempahan kek lapis dengan pilihan lebih 20 jenis, antaranya red velvet, cheese cracker, masam manis, evergreen dan blueberry cheese.

“Sambutan amat menggalakkan. Memang banyak tempahan, sehari boleh sampai sehingga beratus tempahan hanya dari seorang pembeli.

“Kebanyakan yang beli dengan saya adalah pembeli tetap dan ada juga agen yang bergerak seluruh Malaysia seperti di Sabah dan Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata, pada bulan Ramadan baru-baru ini, setiap hari mereka menjual purata 100 biji kek lapis dengan setiap satu berharga RM10.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...