> PALAPES UUM bertemu setelah 25 tahun berpisah
PALAPES UUM bertemu setelah 25 tahun berpisah

KAJANG – Seramai 40 Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 1994 bertemu semula di majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang diadakan di Kediaman Lt Kol Ridzwan Shoib, Desa Seri Saujana, Sungai Merab, Kajang Selangor baru-baru ini.

Menurut Lt Kol Ridzwan pertemuan yang dirancang lebih dua tahun lalu yang membabitkan kebanyakan alumni UUM daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti ini.

“Kami telah lama merancang untuk bertemu kerana perhubungan kami sebelum ini hanya melalui alam maya serta talian WhatsApp dan Facebook sahaja,’’ katanya.

Lebih menggembirakan pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali dan Pengarah Pusat Alumni UUM Dr Muslimin Wallang.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran alumni dari pelbagai kaum, bangsa dan lebih menyeronokkan dapat mengimbau dan menceritakan nostalgia ketika pengajian di kampus lama mereka.

Jamuan dan pertukaran cenderamata juga menutup tirai majlis ukhuwah ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...