> > Warga UTeM derma darah bantu Hospital Melaka tingkatkan bekalan darah
Warga UTeM derma darah bantu Hospital Melaka tingkatkan bekalan darah

DURIAN TUNGGAL - Pusat Kesihatan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Melaka dan Kelab Rakan Kesihatan telah menganjurkan Program Derma Darah Ramadan bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM sewaktu bulan Mei 2019 lalu.

Program derma darah yang berlangsung pada bulan Ramadan ini merupakan program julung kali diadakan oleh UTeM kerana bekalan darah di Hospital Melaka ketika bulan Ramadan adalah sangat kritikal kerana kekurangan orang yang menderma pada bulan tersebut.

Wakil dari Hospital Melaka sedang membantu para penderma darah sewaktu program.

Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr Mohamad Fuzi Saidin berkata, program ini bertujuan bagi membantu Hospital Melaka mengatasi masalah kekurangan bekalan tabung darah di hospital tersebut di samping memberi kesedaran kepada warga UTeM mengenai kepentingan dan kebaikan menderma darah.

"Program ini turut mendidik kepada warga UTeM untuk menjadikan pendermaan darah ini sebagai satu tanggungjawab dan budaya hidup seluruh warga UTeM selaras dengan sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan sekurang-kurangnya 5 peratus rakyat Malaysia sebagai penderma darah.
"Walaupun sasaran ini masih belum tercapai, jumlah pendermaan darah kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun," katanya.

Menurut Dr Mohamad Fuzi, darah yang didermakan amat membantu menerusi pelbagai rawatan kes-kes terutamanya pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofiia dan anemia yang memerlukan pemindahan darah yang kritikal.

"Seramai 47 orang penderma berjaya dikumpulkan pada program yang bermula pada jam 8:00pm sehingga 10:30pm tersebut dan ia merupakan satu angka yang membanggakan untuk penganjuran derma darah di bulan Ramadan buat kali pertama di UTeM.
"Angka tersebut masih belum ditambah dengan jumlah penderma darah yang dijalankan sewaktu pra-ramadan yang berlangsung di Pusat Persatuan Pelajar pada 2 April iaitu seramai 131 orang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berharap agar program derma darah Ramadan ini akan menjadi program tahunan UTeM bagi membantu Hospital Melaka mengumpulkan darah pada waktu kritikal.

"Di samping, program ini dapat memberikan kesedaran kepada warga UTeM untuk mendapatkan seramai penderma darah yang mungkin," katanya.
Program derma darah sedang berlangsung.

Program tersebut bukan sahaja berfokuskan kepada kempen menderma darah semata, namun warga yang tidak berkesempatan dalam menderma darah turut boleh melawat pameran kesihatan 5M yang disediakan di samping menyertai saringan merokok dan kesihatan mental, menyertai kuiz kesihatan, mengambil bahagian dalam jualan amal serta menonton tayangan video mengenai kesedaran kesihatan anjuran Hospital Melaka.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...