> TERENGGANU > 918 penuntut baharu mendaftar di UniSZA
918 penuntut baharu mendaftar di UniSZA
UNIT MEDIA UNISZA Isnin | 17 Jun 2019

KUALA NERUS - Seramai 918 penuntut dari seluruh pelosok negara memulakan langkah baharu dalam kehidupan mereka apabila mendaftar diri sebagai warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Penuntut wanita menguasai bilangan kemasukan bagi sesi 2019/2020 dengan seramai 615 berbanding cuma 303 penuntut lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dan asasi dalam bidang pilihan masing-masing.

Ini termasuklah Asasi Sains dan Perubatan serta diploma di Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeran; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Juga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan di samping Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Antara ahli keluarga yang hadir menemani penuntut baharu yang mendaftar di UniSZA.

Mereka yang umumnya ditemani oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Kolej Kediaman masing-masing.

918 penuntut baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.

MMS pada kali ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya larian kemanusiaan, Program Sukarelawan bersama Komuniti dan Bicara Tokoh.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...