> FYI > Kepentingan ahli ekologi perhutanan demi generasi akan datang
Kepentingan ahli ekologi perhutanan demi generasi akan datang
NAHRIZUL ADIB KADRI Selasa | 18 Jun 2019

Kedudukan negara yang terletak tidak jauh dari garisan Khatulistiwa, disertai dengan proses kejadian muka bumi sejak jutaan tahun, telah menghasilkan sistem ekologi hutan hujan tropika yang unik dan memerlukan kepakaran khusus di dalam usaha pemantauan dan pemeliharaannya.

Jenis-jenis hutan yang pelbagai, bergantung kepada lokasi dan ketinggiannya dari aras laut, menentukan jenis spesies flora dan fauna yang wujud di situ.

“Pada ketinggian 1,200 hingga 1,500 meter contohnya, hutannya dikenali sebagai hutan montane. Spesies pokok hutan seperti mempening, berangan, dan medang lebih banyak didapati di sini, berbanding pokok dipterokarpa lain. Pengkhususan flora sebegini juga akan memberi kesan kepada jenis spesies fauna yang wujud, yang selalunya terhad kepada burung dan unggas kecil,” kata Pensyarah Kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Dr Sarah Abdul Razak.

Menurutnya, kemahiran dan pengetahuan sebegini sangat membantu sebagai seorang ahli ekologi perhutanan yang bakal menjadi sebahagian daripada pasukan yang menguruskan pelbagai aspek kepentingan hutan.

Dr Sarah Abdul Razak

“Antara keperluan asas kelayakan bidang ini adalah kemasukan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biodiversiti. Untuk program pengajian yang ditawarkan di UM contohnya, pemohon mestilah lulus pengajian peringkat matrikulasi atau STPM dengan PNGK minima 3.0, atau yang setaraf dengannya.

“Selain itu, terdapat juga keperluan tambahan untuk lulus sekurang-kurangnya B di dalam subjek Biologi, dan Band 2 di dalam MUET,” katanya.

Tanggungjawab memelihara hutan

Selain peluang melanjutkan pengajian di peringkat pascaijazah dan memulakan kerjaya di dalam bidang penyelidikan, graduan program ekologi dan biodiversiti juga berpeluang memulakan kerjaya sebagai ahli ekologi perhutanan dengan pengkhususan tertentu.

“Sebagai contoh, mereka boleh bertugas sebagai seorang pemelihara hutan, salah satu perjawatan di bawah Skim Perkhidmatan Awam (SPA). Antara lainnya, mereka bertanggungjawab dalam pelbagai proses berkaitan pengurusan, pemuliharaan, dan pemulihan hutan.

Dr. Sarah dan penuntutnya menanam anak pokok hutan.
“Mereka merancang dan membantu menjalankan projek perhutanan, seperti menanam pokok baru, memantau, dan memelihara habitat hidupan liar serta mencegah kebakaran hutan. Mereka memantau tugas yang dijalankan oleh pengawas hutan dan memastikan projek-projek berkaitan hutan dilaksanakan menurut prosedur yang ditetapkan,” kata Dr Sarah.

Menariknya, kerjaya berkaitan perhutanan tidak terhad kepada perjawatan awam, malah turut meliputi sektor swasta yang memerlukan individu berkemahiran untuk bertugas sebagai perunding dan pengurus di lokasi-lokasi yang dirizab sebagai kawasan hutan yang perlu dipelihara.

Bersedia kerja di lapangan

Menurut Dr Sarah lagi, mereka yang ingin menceburi bidang ekologi perhutanan ini perlu menyemai nilai cinta yang tinggi kepada tumbuhan dan hidupan liar di hutan serta persekitarannya.

Dr. Sarah dan penuntutnya meluangkan masa di Rimba Ilmu UM mendalami pelbagai spesies pokok hutan hujan tropika.
“Mereka perlu menyedari kepentingan peranan ekosistem hutan sebagai sistem hidup yang sangat mustahak, terutamanya dalam menangani perubahan iklim global. Mereka juga perlu bersedia untuk sentiasa meluangkan masa membuat kerja lapangan di dalam hutan pada bila-bila masa diperlukan.

“Mereka yang mempunyai minat dan kemahuan di dalam bidang biologi, sains tumbuhan, hidupan liar, dan lain-lain aspek ekologi hutan, merupakan calon yang paling sesuai bagi meneruskan kerjaya di dalam bidang ekologi perhutanan, demi memelihara warisan ekologi tropika ini untuk generasi akan datang,” kata Dr Sarah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...