> UTARA > Pinjam duit KWSP bapa, penuntut IPTA berputih mata selepas terpedaya iklan pelaburan
Pinjam duit KWSP bapa, penuntut IPTA berputih mata selepas terpedaya iklan pelaburan
MOHD ISKANDAR OTHMAN Selasa | 18 Jun 2019

KEPALA BATAS - Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengalami kerugian berjumlah RM18,983 selepas diperdaya sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Dalam kejadian 4 Jun lalu mangsa telah tertarik dengan iklan pelaburan di media sosial yang kononnya menjamin keuntungan lumayan dalam masa segera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa dari Kubang Semang, Bukit Mertajam, dikatakan telah menerima WhatsApp sebelum berminat dengan iklan pelaburan tersebut.

Menurutnya, mangsa telah menghubungi nombor telefon diberi dan berhubung dengan seorang lelaki yang mendakwa adalah ejen syarikat terbabit yang menawarkan pelaburan cepat untung.

"Mangsa kemudian bersetuju membuat pelaburan sebanyak RM500 sahaja tetapi telah dipengaruhi untuk menambah nilai pelaburan sehingga mencecah RM18,983. Mangsa dijanjikan akan mendapat pulangan tersebut dalam masa seminggu bersama modal pelaburan dan telah membuat 10 transaksi bayaran melalui transaksi mesin deposit tunai di bank kawasan Butterworth dan Mak Mandin,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa meminjam duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bapanya untuk membuat pelaburan berkenaan.

“Mangsa yang telah m e m i n d a h k a n RM18,983 ke dalam satu akaun bank tempatan, bagaimanapun masih diminta untuk buat tambahan bayaran lagi. Mangsa tidak setuju dan berasa tertipu dengan ejen tersebut setelah pelbagai alasan diberi apabila bertanyakan hal pulangan pelaburan,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit. Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan seperti ini dan jangan terpedaya dengan sebarang pinjaman menerusi iklan yang disiarkan dalam laman sesawang dan bagi mengelak risiko ditipu,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...