> > Mahasiswa UM bantu bangun usahawan sosial di Kemboja
Mahasiswa UM bantu bangun usahawan sosial di Kemboja
NAHRIZUL ADIB KADRI Selasa | 18 Jun 2019

KUALA LUMPUR - Program ‘Silk Wave’ ini merupakan sebahagian daripada siri program kemasyarakatan yang melibatkan 100 orang sukarelawan ASEAN di Malaysia, Indonesia, dan Kemboja, anjuran Yayasan ASEAN dan Yayasan Maybank.

‘Silk Wave’ antara bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan untuk sama-sama memelihara industri tenunan tradisional Khmer.

Muhammad Hidayat Fahmi (duduk, tengah) dan sukarelawan Silk Wave bersama pelajar Sekolah Menengah Phnom Chisor.

Kerajaan Empayar Khmer atau Angkor dikatakan bermula pada kurun ke-9 dan berakhir pada kurun ke- 15. Keluasan empayar ini meliputi hampir keseluruhan Asia Tenggara, sehingga Myanmar di barat, dan daerah Yunnan, China di timur.

Pemerintah dan penduduknya digambarkan sebagai mempunyai nilai ketamadunan yang terkehadapan, dan ini antara lainnya diterjemahkan ke dalam bentuk nilai estetik budaya, dan seni bina, yang tinggi.

Menurut mahasiswa tahun akhir jurusan Kesusasteraan Inggeris, Universiti Malaya (UM), Muhammad Hidayat Fahmi Shahrom Fahmi, 22, yang merupakan salah seorang daripada sepuluh orang kesukarelawan dari pelbagai negara ASEAN telah berada di Wilayah Takeo, Kemboja selama dua minggu bagi melaksanakan sebuah program kemasyarakatan yang memperkasa rakyat tempatan melalui inisiatif keusahawanan sosial.

Muhammad Hidayat Fahmi (kanan) bersama kumpulannya dan penduduk kampung membersih kawasan yang bakal dijadikan ladang tanaman pewarna untuk fabrik sutera yang terhasil.

Muhammad Hidayat berkata, peninggalan nilai estetik tamadun ini masih lagi boleh dilihat dalam beberapa aspek budaya rakyat Kemboja masa kini, termasuklah kain tenunan suteranya.

"Industri yang semakin pupus ini dilihat berpotensi untuk diketengahkan sebagai industri kecil dan sederhana sebagaimana yang diusahakan oleh sebuah perusahaan sosial tempatan ‘Color Silk’,” katanya.
“Selain komuniti penenun dalam kalangan penduduk kampung, kumpulan kami juga berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah dan pelancong di sekitar kawasan ini bagi mengukur dan menentukan kesesuaian usaha seterusnya dalam mengekalkan identiti Khmer dari aspek seni tekstil," katanya.

Secara tidak langsung usaha ini akan menyediakan sebuah platform pemasaran untuk industri tenunan sutera di Kemboja yang mapan dan berdaya saing.

Pelajar Sekolah Menengah Phnom Chisor mencuba mesin tenunan semasa hari terbuka diadakan.

Menariknya, dengan kerjasama petani tempatan, program ‘Silk Wave’ telah berjaya membina sebuah ladang kecil yang menanam tumbuhan dan tanaman yang menghasilkan bahan pewarna untuk tenunan sutera.

Sebanyak 100 tumbuhan telah ditanam untuk menghasilkan spektrum warna yang diperlukan bagi menghasilkan kain tenunan sutera beridentiti Khmer asli dengan nilai estetika yang tinggi.

Sukarelawan dan penduduk kampung menanan tanaman pewarna di ladang yang bakal dijadikan pusat ekopelancongan tenunan sutera di Wilayah Takeo.

Sebuah muzium ekopelancongan juga bakal dibina di lokasi penanaman ini, dalam waktu terdekat.

Menurut Pengasas 'Color Silk', Vanntha Ngorn berkata, Silk Wave merupakan projek unik yang bukan sahaja berkapasiti untuk menaikkan industri tenunan sutera asli, malahan mampu untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan industri tersebut dalam kalangan masyarakat tempatan.

"Di samping, industri tenunan sutera asli ini meningkatkan kadar import dan eksport yang mampu memanfaatkan ekonomi komuniti tempatan," katanya.

Dalam nada yang sama, Muhammad Hidayat menambah lagi, inisiatif yang dijalankan telah membuka mata masyarakat tempatan mengenai kepentingan menyokong industri keusahawanan sosial tenunan sutera asli yang merupakan identiti unik masyarakat Kemboja yang seharusnya dipelihara.

"Saya berharap projek ini dapat diluaskan lagi pada masa hadapan di wilayah-wilayah Kemboja yang lain dengan kerjasama daripada Yayasan ASEAN, Yayasan Maybank, ‘Color Silk’, serta pihak-pihak lain dalam usaha untuk memelihara identiti tradisi tenunan Khmer,” katanya.

Teknik ikat yang halus digunakan dalam proses menghasilkan tenunan yang berkualiti.

Sebuah majlis hari terbuka ringkas turut diadakan sebagai tanda penutup program ‘Silk Wave’ ini yang mana telah dihadiri oleh penduduk tempatan, termasuklah pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Phnom Chisor yang terletak berhampiran.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Maybank cawangan Wilayah Takeo, dan turut dihari oleh ketua-ketua kampung beserta komuniti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...