> > Prihatin keluarga susah, siswazah ini tinggalkan kerjaya optometris untuk buka kedai optikal
Prihatin keluarga susah, siswazah ini tinggalkan kerjaya optometris untuk buka kedai optikal
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR Selasa | 18 Jun 2019

ALOR SETAR - Pengalaman bekerja sambilan di hampir 30 premis optikal dan klinik berasingan selama setahun menjadi faktor kepada seorang anak muda nekad untuk mencebur diri dalam dunia kesihatan optometri dengan memperkenalkan jenama Optom.

Diinspirasikan pada 17 Januari 2016 menerusi seni bina Elmehrab yang dipadankan dengan falsafah melihat, jenama ini telah diangkat untuk memenuhi pasaran sukan prestasi tinggi.

Pengurus Optom Malaysia, Mohamad Farid Omar, 29, berkata, sentuhan emas pereka dapat dilihat menerusi ukuran geometrik setiap sudut kaca mata yang dijual pihaknya pada pemakai supaya lebih selesa beraksi dengan cengkaman optimum dan reka bentuk lebih kasual.

“Optom mula berkembang menerusi perkongsian cerita di media sosial dan beransur-ansur menjual produk optikal secara atas talian pada tahun 2016.

“Pada tahun ini, buat pertama kalinya secara fizikal jenama ini direalisasikan menjadi perniagaan di sebuah premis beralamat di Bandar Baru Mergong, Alor Setar Kedah. Kami akui berniaga di alam realiti bukan suatu perkara mudah namun segalanya berjalan seperti dirancang,” katanya kepada Sinar Harian.
Optom mula diilhamkan pada 2016.

Sejak kecil pakai kaca mata

Mohd Farid berkata, dia tekad meninggalkan kerjaya tetap sebagai optometris dengan berkorban keselesaan hidup lepasan ijazah dengan gaji permulaan yang lumayan.

Jelasnya, pengalamannya sejak kecil terpaksa memakai kaca mata membuatnya lebih memahami keperluan tersebut terutamanya kepada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Optom bersama persatuan sukan dan kebajikan turut membantu masyarakat setempat.
“Saya berasal dari keluarga sederhana dan pembelian kaca mata sesuatu yang boleh dianggap di luar kemampuan keluarga. Apatah lagi apabila suatu hari cikgu Matematik di sekolah memberitahu emak, akan kekerapan saya tersalah titik perpuluhan akibat mengalami masalah penglihatan.
Mohd Farid (kiri) semasa memberikan penerangan kepada Naib Canselor (UUM), Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani semasa kunjungan ke universiti berkenaan.

“Emak dan abah kurang bersetuju terutamanya melihat usia anaknya yang masih muda remaja jika nak dibandingkan dengan usianya mula memakai cermin mata rabun dekat pada usia 40 tahun,” katanya.

Tambah Mohd Farid, dia bersyukur dengan peluang yang hadir dalam hidupnya selepas ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Optometri di sebuah universiti tempatan yang dibiayai Majlis Amanah Rakyat dan kini digunakan membantu masyarakat yang kurang berkemampuan pula.

“Dalam pada itu, menerusi kerjasama strategik, Optom kini sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak selain komited untuk menjadi jenama pilihan utama dalam dunia fesyen kaca mata dan gaya hidup pada hari ini dan kekal relevan pada masa-masa hadapan,” katanya.

Optom turut menjadi antara penaja utama pada Kejohanan Sukan UUM 2019 yang diterima Naib Canselornya, Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani (dua kiri).

*Artikel ini dipetik daripada ruangan Usahawan Kita terbitan Sinar Harian (Edisi Utara) Selasa 18 Jun 2019


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...