> MLK N.9 > Solat hajat dan doa selamat sempena ulang tahun USIM ke-19
Solat hajat dan doa selamat sempena ulang tahun USIM ke-19
NOORUMAINA MOHAMED YUNUS Selasa | 18 Jun 2019

NILAI - Bersempena sambutan ulang tahun ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada 18 Jun, satu majlis ringkas solat hajat dan bacaan doa selamat telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.

Majlis solat hajat dan bacaan doa selamat ini dipimpin oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz.

Bacaan doa dipimpin oleh, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Aizuddin.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang telah bersidang pada 28 November 2017 menetapkan 18 Jun sebagai tarikh ulang tahun USIM yang dahulu dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) bersempena kemasukan pelajar sulung KUIM pada 18 Jun 2000 iaitu seramai 255 orang bertempat di Baitulmal, Kampung Pandan.

“USIM merupakan Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-12 di negara ini dan berhasrat muncul sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi.
“Program pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi," katanya.

Tambah Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, hasrat penubuhannya adalah selaras dengan manifestasi kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya.

"Selain itu, ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam.
"Selain itu juga, bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar," katanya.

Kini, USIM mempunyai seramai 12,057 orang mahasiswa, seramai 260 orang mahasiswa di Kolej PERMATA Insan, USIM, dan bilangan Alumni USIM kini berjumlah 20,056 orang.

Solat hajat diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.

Majlis turut dihadiri oleh Mantan Naib Canselor Pertama USIM, Prof Dr Abdul Shukor Husin, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...