> > UTeM hulur bantuan kepada orang asli sempena bulan mulia
UTeM hulur bantuan kepada orang asli sempena bulan mulia

DURIAN TUNGGAL - Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Pusat Islam UTeM, Persatuan Pegawai Tadbir UTeM (Praktis) dan Koperasi UTeM telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada orang asli di Pahang sempena dengan Ramadan dan Aidilfitri sebelum ini.

Menurut Kenyataan dari UTeM, sebanyak tiga ratus kampit beras dan dua ratus paket barangan keperluan asas seperti tepung, minyak masak, gula dan sisi telah sumbangkan kepada penduduk orang asli dari enam buah kampung di Pos Senderut.

Sebahagian sumbangan yang diserahkan kepada orang asli di perkampungan yang disasarkan.

Semua barangan sumbangan telah diperolehi dan dikumpul menerusi sumbangan orang ramai yang terdiri dari warga UTeM dan mereka yang perihatin kepada nasib golongan yang lebih memerlukan ini.

Sumbangan barangan keperluan tersebut telah dikumpul dan dibungkus mengikut bilangan keluarga dan dibawa oleh para sukarelawan dari kampus induk UTeM Durian Tunggal, Melaka ke perkampungan orang asli tersebut.

Wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli Kuala (JAKOA) Kuala Lipis, Sudirman yang merupakan penduduk orang asli dari Kampung Lubuk Muman berkata, pihak mereka sangat menghargai dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

"Penduduk orang asli yang menerima bantuan tersebut sangat bersyukur dengan keperihatinan dan ingatan dari pihak luar mengenai kehidupan mereka di kawasan pendalaman yang sangat memerlukan bantuan sebegini," katanya.

Program CSR ini turut mendapat penglibatan dari Multimedia Universiti (MMU) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mana telah menyerahkan sumbangan keperluan kepada penduduk orang asli Pos Senderut, Kuala Lipis Pahang.

Penyerahan sumbangan berbentuk paket makanan dan beras kepada masyarakat orang asli.

Selain daripada sumbangan pihak UTeM, pihak UMT turut menyumbang seratus bungkusan keperluan asas yang diperolehi melalui sumbangan warga UMT yang mana urusan pengumpulan dan penghantaran barangan sumbangan UMT tersebut telah diuruskan oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...