> TERENGGANU > Permohonan kemasukan ke UMT meningkat!
Permohonan kemasukan ke UMT meningkat!
AMIRUL SALAM, UMT Rabu | 19 Jun 2019

KUALA NERUS - Sejumlah 184 pelajar baharu berjaya mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sesi ambilan 2019/2020.

Jumlah itu melibatkan pendaftaran pelajar bagi program Diploma Perikanan dan juga Asasi STEM yang masing-masing terdiri daripada 96 dan 88 pelajar di kampus di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dalam ucapannya menjelaskan bahawa terdapat peningkatan ketara permohonan pada ambilan tahun ini berbanding tahun lalu.

“Kita telah menerima sebanyak 1,344 permohonan program Diploma Perikanan dan 3,190 permohonan bagi program Asasi STEM.
Dr. Che Ruzaidi berucap sempena majlis Ikrar Pelajar Baharu sesi 2019-2020
“Peningkatan permohonan ini menunjukkan bahawa UMT terus kekal ulung dalam bidang tujahan tersendiri yang terkenal dengan kepakaran ilmu kelautan serta keunikan dan keindahan kampus di pesisir pantai Laut China Selatan.

Tambah beliau, program Diploma Perikanan yang ditawarkan UMT mempunyai kelebihan tersendiri berbanding program matrikulasi dan diploma lain kerana terdapat sistem pengecualian kursus-kursus tertentu yang membolehkan pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh singkat sekiranya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah nanti.

Penuntut baharu mendengar taklimat berkaitan akta universiti sempena Minggu Jalinan Mesra penuntut baharu sesi 2019-2020.
“Bagi program Asasi STEM pula mempunyai nilai tambah penting apabila pelajar diberi penekanan pengajian al-Quran dan hafazan selain memiliki ilmu sains bagi melahirkan generasi yang seimbang bidang akademik dan ilmu agama,” ujarnya semasa mewakili Naib Canselor UMT dalam majlis Ikrar Pelajar Baharu sesi 2019/2020.

Sementara itu, Kok Wei Han, pelajar baharu program Diploma Perikanan berkongsi pengalaman tersendiri untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di UMT.

“Saya telah buat semakan melalui sistem UPU tetapi permohonan saya gagal. Kemudian, saya daftar sebagai pelajar tingkatan enam. Selepas saya maklumkan pada guru berkaitan permohonan saya gagal, guru tersebut mengarahkan saya untuk buat semakan sekali lagi selepas beberapa minggu keputusan permohonan diumumkan. Setelah buat semakan, saya terkejut kerana ditawarkan program Diploma Perikanan di UMT.

Para penuntut baharu melafazkan ikrar sejurus tamat Minggu Jalinan Mesra yang diadakan selama tiga hari berakhir 18 Jun 2019
“Persiapan saat akhir untuk bergelar pelajar universiti amat memenatkan. Ibu bapa saya tidak dapat hantar saya untuk daftar di UMT memandangkan mereka terlalu sibuk dan jarak antara Ipoh ke Terengganu agak jauh. Jadi, saya datang seorang diri dengan membuat segala persiapan sendiri. Saya amat berterima kasih kepada staf UMT yang datang menjemput saya pada pukul 1 pagi setelah saya memohon bantuan melalui laman Facebook Rasmi UMT,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Auditorium Mahyuddin, UMT.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...