> PERAK > Pertandingan Selfie Ramadan UPSI ceriakan sambutan hari raya
Pertandingan Selfie Ramadan UPSI ceriakan sambutan hari raya
MOHD ASPAWIE AFANDI Rabu | 19 Jun 2019

Tanjung Malim – Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Pertandingan Selfie Ramadhan UPSI yang dijalankan selama sepuluh hari di zon-zon luar kampus UPSI.

Program ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan 'like' yang sedia ada dalam platform Facebook UKLK dan Instagram @mediauklk yang seterusnya akan meningkatkan minat pelajar pada platform tersebut.

Pemenang tempat pertama Pertandingan Selfie Ramadan UPSI.

Program ini dijalankan di enam zon kediaman mahasiswa UPSI yang menetap di luar kampus yang mana zon-zon terlibat adalah zon A, zon B, zon C, zon D, dan zon F.

Pengarah Program merangkap EXCO Perumahan dan Keselamatan MMKLK, Mohd Aspawie berkata, program yang dijalankan adalah untuk menarik pelajar luar kampus agar sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan bagi pemantapan sahsiah.

"Mahasiswa yang ingin menyertai pertandingan tersebut hendaklah memuat naik gambar bertemakan Ramadan di platform Facebook atau Instagram dan kemudian mereka hendaklah tag pages UKLK di gambar mereka serta meletakkan tanda pagar#selfieramadhanupsi dalam caption gambar mereka.

"Saya juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan para Rakan EXCO (REXCO), ahli MMKLK dan sukarelawan yang turut terlibat dalam menjayakan program ini," katanya.

Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Ts. Dr Che Ghani Che Kob berkata, program seperti ini memberikan kesan yang positif daripada pihak mahasiswa.

“Walaupun program ini bersifat santai namun kesan positif dari segi sumbangan mahasiswa amat menggalakkan," katanya.

Seramai enam orang pemenang telah dipilih untuk pertandingan ini yang mana kriteria yang dinilai adalah kreativiti gambar serta jumlah like pada gambar tesebut.

Kesemua para peserta yang menyertai pertandingan ini telah menunjukkan suasana Ramadan mereka di sekitar kawasan UPSI.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...