> Graduan jurutera awam ini cipta inovasi mudahkan kerja penoreh getah
Graduan jurutera awam ini cipta inovasi mudahkan kerja penoreh getah
BERNAMA Rabu | 19 Jun 2019

KUALA LUMPUR - Kesusahan bekerja sebagai penoreh getah di kampung membuatkan Noor Affande Abdul Rahman, 41, tekad mencipta sesuatu bagi memudahkan pekerjaan itu.

Bertitik tolak dari situ, Affande, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia mula menjalankan kajian dan penyelidikan pada awal tahun 2014 bagi menghasilkan alat menoreh yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

“Menoreh ini guna banyak tenaga, kita buat dari satu pokok ke satu pokok, buat golongan warga emas pastinya lagi memenatkan, dari situ saya berazam mencipta inovasi bagi memastikan mereka menggunakan alat lebih berteknologi berbanding pisau penoreh tradisional.

Segala usaha kajian saya sejak lima tahun lalu sentiasa dibantu isteri, Lizawati Jaafar, 36, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Malaysia Perlis,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sempena Malaysia Tech Week, di Bangsar baru baru ini.

Affande berkata, biarpun memakan masa agak lama untuk direalisasikan, namun beliau berpuas hati apabila akhirnya berjaya mencipta alat menoreh separa automatik dilengkapi bateri, motor 12 voltan, pisau torehan tahan karat dan tiga lampu LED (diod pancaran cahaya).
“Kami menggelarnya e-notch, bateri mampu beroperasi selama lima jam, mata pisau toreh pula tahan kira-kira tiga tahun tanpa perlu diasah dan lebih penting hasil torehan lebih kemas, tidak mencederakan pokok sekali gus mengeluarkan lebih banyak susu getah.

Pisau torehan ini dilengkapi motor dan boleh berputar justeru dapat menjimatkan masa menoreh dalam kitaran tujuh hingga lapan saat bagi setiap pokok berbanding 15 hingga 20 saat menggunakan pisau toreh tradisional

Kelengkapan lampu LED pula membantu memudahkan proses menoreh pada awal pagi yang masih gelap,” katanya.

Tambahnya, produknya itu sudah dipatenkan namun masih di dalam proses percubaan bagi proses penambahbaikan sebelum dijangka mula dijual di pasaran pada awal tahun hadapan.

“Apabila mula dijual kelak, besar harapan saya ia berupaya membantu memudahkan proses menoreh terutama bagi para penoreh warga emas selain membantu meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kedah yang bertindak selaku mentor kepada dirinya serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang memberi geran komersial menerusi Skim Permulaan Usahawan Bumiputera.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...