> > UMS cipta sejarah, tersenarai 1,000 universiti terbaik dunia
UMS cipta sejarah, tersenarai 1,000 universiti terbaik dunia
SALBINOUS SARIBUN Rabu | 19 Jun 2019

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah baharu apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam QS World University Rankings.

Menurut QS World University Rankings 2020 yang telah diumumkan hari ini, UMS disenaraikan pada kedudukan 801-1000 iaitu antara 1000 universiti terbaik di dunia.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam satu kenyataan berkata, pencapaian itu merupakan pencapaian terbaik dan yang amat membanggakan setakat ini.

“Kejayaan bersejarah ini, yang mana telah dicapai semasa ulang tahun ke-25 UMS, adalah hasil kerja keras, dedikasi dan ketabahan semua warga universiti khususnya dalam kalangan staf akademik.
“Ini merupakan satu langkah ke hadapan untuk merealisasikan visi UMS iaitu menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia,” katanya.

Menurut Prof. Datuk Dr. D Kamarudin, kejayaan itu juga sekali gus akan memotivasi serta memberi inspirasi kepada semua warga UMS untuk terus melonjakkan kejayaan dan pencapaian universiti pada masa akan datang.

“Kita akan terus berusaha untuk membangun dan memajukan UMS, antara lain ke arah peningkatan kecemerlangan global, dengan merujuk kepada Pelan Strategik Universiti.

“Tugas ini memerlukan komitmen dan usaha berpasukan dari semua warga UMS, dan setiap sumbangan adalah penting,” ujarnya.

Untuk rekod QS World University Rankings telah diadakan oleh Quacquarelli Symonds sejak 2004. Universiti yang tersenarai pendek dari seluruh dunia adalah dinilai berdasarkan indikator (kriteria) tertentu iaitu Reputasi Akademik (40%), Reputasi Majlkan (10%), Nisbah Staf Akademik-Pelajar (20%), Jumlah Sitasi per Staf Akademik (20%), Bilangan Staf Akademik Antarabangsa (5%) dan Bilangan Pelajar Antarabangsa (5%).

Pencapaian bersejarah UMS dalam QS World University Rankings ini sekali gus menjadi antara coretan manis sempena sambutan jubli perak UMS pada tahun ini. Untuk rekod UMS ditubuhkan pada November 1994.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...