> AKTIVITI KAMPUS > Program Kembara Imam Hamlatul Quran disambut baik oleh masyarakat Kuala Pilah
Program Kembara Imam Hamlatul Quran disambut baik oleh masyarakat Kuala Pilah
NURUUL HIDAYAH MANSOR Khamis | 20 Jun 2019

KUALA PILAH - Buat julung kali Kelab Hamlatul Quran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah mengadakan program kembara Imam Hamlatul Quran yang disertai oleh mahasiswa dari program Plus Tahfiz UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Melalui program ini, seramai 16 orang mahasiswa tahfiz telah berkhidmat sebagai imam terawih bermula 6 hingga 24 Mei di tujuh buah masjid dan surau di sekitar daerah Kuala Pilah iaitu, Masjid al-Firdaus Kariah Melang, Masjid Kariah Kuala Jemapoh, Masjid Kariah Beting Surau Taman Senimas, Surau Desa Jemapoh, Madrasah Hamdan Shakirin Jemapoh, dan Pusat Islam al-Taqwa UiTM Kuala Pilah.

Kembara Imarah Imam dan majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Jemapoh.

Melalui program ini, mahasiswa diberikan peluang dan pendedahan untuk mendapat pengalaman tampil sebagai seorang imam yang baik di samping melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai sifat kemasyarakatan.

Aktiviti yang dijalankan turut melibatkan khidmat imam terawih, bacaan tahlil, rombongan kembara imarah imam dan iftar jamaie bersama dengan komuniti masjid.

Solat Terawih oleh Imam Huffaz Nazri Naseem dan Aqil Luqman di Masjid Kariah Jemapoh.

Program yang berlangsung selama 19 hari sepanjang Ramadhan kali ini disambut baik oleh komuniti masjid dan masyarakat setempat di daerah Kuala Pilah.

Menurut Pengerusi Masjid Kariah Jemapoh, Haji Rahim Abu Samah berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat yang baik dalam kalangan mahasiswa tahfiz kerana sudi memberikan khidmat sebagai imam di masjid dan surau,

"Program ini merupakan satu program yang sangat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang.
"Pihak kami amat mengalu-alukan program kembara imam seperti ini dan moga pihak UiTM dapat memberikan lebih banyak peluang kepada mahasiswa batch yang akan datang untuk dihantar ke masjid-masjid tambahan yang lain” katanya.

Menurut Setiausaha masjid Kariah Beting, Haji Hibir Ismail berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan imam tahfiz yang dihantar.

"Mereka mempunyai bacaan dan tajwid yang bagus serta memiliki sahsiah yang sangat baik.
"Begitu juga dengan sokongan yang tidak terhingga telah diberikan oleh Tuan Nizam, Jawatankuasa penaja masjid Surau Senimas serta imam Pusat Islam al-Taqwa UiTM yang sudi memberikan panduan dan perkongsian maklumat khidmat imam kepada para imam Hamlatul Quran UiTM," katanya.

Malahan, sepanjang program ini berlngsung pihak jawatankuasa dan komuniti masjid juga sangat menyambut baik rombongan kembara imarah imam dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan para mahasiswa tahfiz.

Program ini turut diimarahkan lagi dengan aktiviti Kembara imarah imam yang telah di adakan sebanyak tujuh kali di semua masjid dan surau yang terlibat yang dihadiri oleh 30 orang ahli kelab hamlatul quran.

Solat Terawih oleh Imam Huffaz Che Muhammad Aliff dan Ahmad Mujahid di Surau Taman Senimas.

Sebagai penghargaan dan tanda terima kasih, aktiviti program disertakan dengan majlis sesi penyerahan cenderamata dari pihak Hamlatul Quran UiTM kepada setiap masjid dan surau yang terlibat dengan dihadiri pengerusi MPKK Kampung, Pengerusi Kariah dan Imam-Imam Masjid/Surau serta kepada para Imam Hamlatul Quran.

Akhirnya, seluruh jawatankuasa Program Kembara Imam Hamlatul Quran mengucapkan ribuan terima kasih untuk kelulusan program dari peringkat Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Plus Tahfiz Shah Alam, Ketua Pusat Pengajian ACIS dan Penyelaras Program Plus Tahfiz Negeri Sembilan serta para imam huffaz dan seluruh jawatankuasa kerja Program Kembara Imam Hamlatul Quran.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...