> MLK N.9 > PMK menyambut meriah ulang tahun ke-20 penubuhannya serentak dengan sambutan Aidilfitri
PMK menyambut meriah ulang tahun ke-20 penubuhannya serentak dengan sambutan Aidilfitri
NURUL FATEHA MD SANDOLLAH, PMK Khamis | 20 Jun 2019

MELAKA – Bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan Politeknik Melaka (PMK) serta sambutan aidilfitri, satu majlis telah diadakan serentak di perkarangan Politeknik Melaka dengan penglibatan lebih kurang 200 orang warga PMK hadir untuk meriahkan majlis ini pada 18 Jun lalu .

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang acara sambutan ini berlangsung, antaranya perhimpunan bulanan bagi mendengar amanat Pengarah PMK serta bicara santai dari mantan-mantan pengarah, pertandingan khemah berhias tercantik dan pertandingan karaoke.

Antara khemah yang mendapat tempat dalam pertandingan Khemah berhias terbaik.

Terdapat pelbagai juadah telah disediakan oleh Jabatan dan Unit untuk menjamu para jemputan serta warga Politeknik Melaka.

Warga PMK menikmati juadah yang disediakan oleh setiap jabatan dan unit.

Sementara itu, Pengarah PMK Charim Ibrahim @ Berahim ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, Kementerian Pendidikan di era Malaysia baharu ini menerapkan tiga nilai utama yang dijadikan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati.

"Selain itu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah melancarkan Pelan Strategik 2018–2025 dengan visi menjadi peneraju institusi TVET yang terunggul.
"Oleh itu, kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada warga pendidik adalah amat penting dalam untuk merealisasikan matlamat ini dan peningkatan martabat pendidikan di negara ini,” katanya.

Majlis telah disambut dengan penuh meriah dengan dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Charim Ibrahim @ Berahim.

Gimik pelancaran sambutan ulang tahun ke-20 PMK dan sambutan hari raya aidilfitri.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran mantan-mantan pengarah serta para pegawai Politeknik Melaka yang pernah berkhidmat di sini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...